Tuesday, March 29, 2005

01-Melayu

Antara sebilangan kecil golongan kerabat diraja/pewaris takhta raja yang saya kagum dan hormat tinggi ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Saya tertarik dengan titah baginda sewaktu memberikan ucapan di Kongres Pendidikan Melayu Kedua Ahad lepas.

Nilai Melayu Secara Adil: Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan yang dimiliki orang Melayu tidak harus dirumuskan sebagai identiti nasional atau sifat monopoli bangsa Melayu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama ‘Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap’ di Kongres Pendidikan Melayu Kedua di sini semalam.

Raja Dr. Nazrin Shah


Berita berkaitan:
Bernama: Raja Nazrin Tells Malays Not To Belittle Own Race

Breaking News!

Tadi dapat sms dari sorang kawan, dia beritahu yang kawan dia kat Shah Alam terasa gempa bumi. Dua tiga kali aku baca sms tu macam tak percaya bercampur pelik. Terus aku check cnn.com & BBC News. Memang betul gempa bumi berukuran 8.2 Skala Richter terjadi di kawasan yang hampir sama dengan kejadian gempa bumi & tsunami 26 Disember tahun lepas. Moga-moga semua selamat dan takkan muncul bencana Tsunami kedua. Amin.

The earthquake, with a magnitude of 8.2, "has the potential to generate a widely
destructive tsunami in the ocean or seas near the earthquake," the National
Oceanic and Atmospheric Administration warned. It advised "immediate action"
including "evacuation of coasts within a thousand kilometers (600 miles) of the
epicenter and close monitoring to determine the need for evacuation further
away." The US Pacific Tsunami Warning Center said the quake could cause a
"widely destructive tsunami" and it was felt as far away as Malaysia.

The quake was felt across the region with people in the Malaysian capital, Kuala Lumpur, some 500km away, evacuating high-rise buildings and running out into the
streets.

Saturday, March 26, 2005

Robots yang best!


[wan,stan,shahnon,zam]

Update blog semata-mata nak bagitau fotopage telah diupdate.

Oh tadi pergi nonton Robots di Sunway Pyramid bersama 15 orang teman sangatlah best! :D

Mew - 156

Friday, March 25, 2005

Pics Pics Aaaand MoOoOre pics!


Fotopages updated!
Banyaknya cerita nak tulis. Banyaknya gambar nak diupload. Hanya ini yang dapat ditulis buat masa ni. Hahah. So, later la yah. :P

Friday, March 18, 2005

Lalalla..

Siang

Anjung,Parcel E, Putrajaya

Malam

shahnon,razie.Mamak Putrajaya, Precint 9


stan,zam.

>Fotopages updated! :)

Monday, March 14, 2005

Carta Ulang Berjuta Kali

I saved myself
For someone
Somewhere's sweet caress
Something goes wrong
And all I sought was happiness

Mew - She Spider


Berikut ialah top ten lagu-lagu yang telah dimainkan berulang-ulang tanpa henti lebih daripada sehari untuk sem ni(Januari-sekarang). Hahah.

1. OAG - PerMYsuri
2. Mew - She Spider
3. The Unicorns - Jellybones
4. Peter Pan - Bintang Di Surga
5. Damien Rice - Amie
6. Butterfingers - Royal Jelly
7. Peter Pan - Mimpi Yang Sempurna
8. The Music - Guide
9. Hot Hot Heat - Goodnight Goodnight
10.The Appleseed Cast - A Dream For Us

[note: aku ni kalau dah suka satu lagu tu memang akan pasang satu lagu tu je kat winamp sampailaah terasa nak tukar lagu lain atau sampai dah hafal lirik atau dah bosan. heheh]

Di mana silapnya..

Matrikulasi: Melayu merosot -- Pelajar bukan bumiputera yang cuma 10% jauh lebih cemerlang

BALIK PULAU 13 Mac - Pelajar bukan bumiputera yang hanya mengisi kuota 10 peratus program matrikulasi mencatatkan keputusan peperiksaan lebih cemerlang berbanding pelajar Melayu yang mendominasi 90 peratus tempat dalam program tersebut.

Kira-kira 1,000 pelajar bukan bumiputera program itu berjaya meraih Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) penuh 4.0 baru-baru ini mengatasi 800 pelajar Melayu yang mencatat keputusan sama.


hmm..

Sunday, March 13, 2005

Lagi Isu Ambalat

Ramalan saya Rabu lepas tentang isu pertikaian blok Ambalat di Laut Sulawesi akan menjadi topik wawancara untuk Mingguan Malaysia hari Ahad(13 Mac 2005) kurang tepat sebaliknya wawancara isu ini disiarkan oleh Berita Minggu (13 Mac 2005).

Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah menjawab dengan panjang lebar tentang isu ini dalam temubual dengan Berita Minggu.

Saya tertarik dengan satu kenyataan beliau,

Inilah perkara yang perlu diselesaikan dan kita tak boleh berfikir, apa jadi kalau tak diselesaikan. Apabila kita berunding, pendekatan yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, We’ll cross the bridge when we come to it (kita akan melintasi jambatan apabila kita bertemu jambatan). Buat masa ini tak ada jambatan, hanya ada kawasan luas, jadi kita berbincang.


Satu lagi,

Saya melihat media di sana agak mendalam dari segi pembacaan berhubung apa yang berlaku sekarang ini, tetapi soalnya ada tempo memuncak atau pun mendaki.

Contohnya, mengapa laporan berita mereka membangkitkan semangat rakyat atau menerusi slogan ‘Ganyang Malaysia’. Apabila saya bercakap kepada media Indonesia kenapa begitu, mereka menjawab: “Pak Hamid, we need to sell.” Jawab saya: “Kalau you (media) nak jual sesuatu, perlu cari isu sesuai”.

Walaupun kebebasan media baik, tetapi mesti ada kebebasan yang bertanggungjawab. Sepatutnya media massa perlu memikirkan apa pilihan yang ada. Jika ada rundingan, apakah pilihan terbaik. Takkan kita harus berperang?

Nampaknya seolah-olah ada golongan yang tidak mahu isu ini diselesaikan, lalu membangkitkan cerita itu dan ini untuk menaikkan minat pembaca atau penonton. Kesannya adalah tidak bertanggungjawab..