Wah look what i've found! A 1990 stamp album.
Thursday, September 01, 2005
31 Ogos 2005
Wah look what i've found! A 1990 stamp album.
Saturday, August 27, 2005
tup tap tup tap
"...cepat betul rasa dunia berjalan sekarang ni. Teringat balik zaman form 4, form 5 dulu rasa macam baru je lagi, walhal dah nak masuk 3 tahun dah tinggalkan SMKSJ and I got about two and a half more years to finish my creative_multimedia degree! tup tap tup tap dah grad dah!"Giler. Memang tup tap sungguh kan. kohkohoh.
Padi - Ternyata Cinta
Wednesday, August 24, 2005
Drama_Melayu dan Sayang Salmah
..Aku dah bosan dengan drama Melayu. Sebenarnya memang dari dulu lagi, tapi baru hari ni nak tulis kat blog. Aku dah bosan dengan drama Melayu tipikal yang ada scene kat kampung pastu ada 3,4 orang termasuk tauke warung duduk kat warung kopi. borak-borak mengumpat pasal hal-hal keluarga orang , pasal anak si polan, pasal si polan tu itu ini. mase tengok scene ni aku kutuk-kutuk dalam hati;
Satu lagi, aku dah bosan dengan ayat tipikal;
"Boss, ini fail yang boss mintak tu"
Satu lagi kalau si Boss tengah cakap telefon, MESTI dia tengah bersembang dengan 'Tan Sri', kalau tak pun dengan Dato' berbincang pasal projek atau meeting. heheh.
Kali terakhir aku enjoy tengok drama Melayu masa zaman sekolah dulu, waktu pertengah 90-an. Yang paling tak dapat nak lupa drama bersiri Cili Padi. Rasanya sape yang membesar zaman 90-an mesti pernah tengok cite ni, kan? Lepas tu adalah beberapa buah drama Cerekarama TV3 setiap Jumaat yang aku pun dah tak ingat tajuk telemovienya. Dah lama sebenarnye aku tak tengok drama RTM, atau lebih tepat dah lama tak tengok tv. Petang tadi bukak tv pun sebab kena babysit aleeya_ ni kejap. So, itulah dia. Kalau tak, jangan haraplaah (sebut gaya Anita Sarawak dalam iklan Kacip Fatimah kat Radio Era. heehe) aku nak bukak tv. Sambil tengok sambil maki hamun depan tv. Pelik, entah kenape aku tak tutup je tv tu terus. Lagi lama aku duduk depan tv lagi lama aku maki maki hamun sorang-sorang. Macam orang gila la jugak. Tapi jangan risau,_Shahnon yang anda kenali masih waras.
Maka apabila dah sampai satu tahap yang memang tak dapat nak tahan lagi dah, aku terus tukar ke salah satu favorite channel aku kat Astro, Channel 11 - Travel & Living. Kebetulan ada cerita tentang Castles of Europe! Aku tak tahu sejak bila aku sangat minat pada senibina istana & kota-kota lama Eropah. Sebab tu kot aku suka nonton filem-filem period, epik dan sejarah. Kecik-kecik dulu aku suka tengok Robin Hood, Dungeons and Dragon pastu ape tah lagi. Kalau sekarang ni pulak, Kingdom of Heaven, Gladiator, Troy, The Messenger (Joan of Arc), dll. Alexander aku enjoy kalau dia tak gay. Lords of The Ring pun boleh masuk kategorilah jugak, walaupun filem tu fantasi. King Arthur dikecualikan sebab storyline yang sangat bosan dan flat. Oh dah melalut masuk bab movie pulak.
Kalau genre lain pulak, Layar Lara, Jimi Asmara, Perempuan Isteri dan..., XX Ray, Abang '92 dan beberapa yang lain yang tak dapat nak recall. Oh dan tak ketinggalan juga filem pertama aku tonton di panggung wayang kat Alor Setar pada tahun 1991; Mat Som (sebab aku dah pernah baca komik dia, karya kartunis Lat.) dan Mat Gelap (mane bole lupe beb, Mama Bosan & Al Kepong tu, hehe) sebab dulu kecik-kecik aku minat kat Imuda. :p
Aku kini dah separuh jalan sedang menghabiskan novel biografi_A. Samad Ismail bertajuk "A. Samad Ismail; Journalism and Politics" hasil susunan dan penulisan oleh Cheah Boon Kheng. Bercakap tentang A. Samad Ismail, aku teringin nak tengok novel A. Samad Ismail "Patah Sayap Terbang Jua" di layar perak pula lepas ni, setelah berjaya dipentaskan beberapa bulan lepas. Tapi itulah, filem macam ni kata orang takde 'market' kononnya. ntahape betul la orang kita ni. Aku rasa aku terpaksa menerima hakikat sebenar tentang industri filem negara, sampai bila kita asyik nak maki hamun si Profesor Madya tu. Dia ikut kehendak 'market'. Maka disuapkan ajela ape yang penonton tu nak walaupun kadang-kadang dirasakan seolah intelektual masyarakat diperbodohkan secara terang-terangan.
Cinderella pun tiba
dentang jam pun berbunyi
Sunday, August 21, 2005
Notthatbalai_
beautiful grafitti artwork by Shieko and Muid Latif
erm.. pink couple?
"Hentikan Salahguna Kuasa Polis"
Perez expressing a point to dira..
seriously, the guy lying on the floor is 100% naked.
This event was opened by Instant Cafe Director, Joe_Kukathas. Thanks to Perez for inviting me. hhmm, well I don't know what else to write on the event. heheh. So, later guys.
Friday, August 19, 2005
Padang-Bukittinggi-Medan-Danau Toba_
Istana Besar Pagaruyung, Sumatera Barat
Kota Bukittinggi, Sumatera Barat
Tasik Singkarak, Sumatera Barat (tasik ketiga terbesar di Sumatera selepas Toba & Maninjau)
Toledo Inn, Pulau Samosir, Danau Toba, Sumatera Utara (nota: Tasik Toba luasnya hampir sebesar Pulau Singapura)
Istana Maimun. Warisan peninggalan Kesultanan Melayu Deli. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Al Rasyid di penghujung kurun ke-19. Kini, Kota Medan, Sumatera Utara.
All images are copyrighted© Shahnon.
Do check out my fotopage for updates. :)
Radiohead - Thinking About You
Thursday, August 11, 2005
Bukittinggi, Sumatera Barat
Esok flight ke Medan pulak dan akan ke Danau Toba dan Parapat via Brastagi. InsyaAllah.
Oke, takleh lama. tinggal lagi 10 minit je kat cc Jalan A. Yani, Bukittinggi ni. hihi
Sampai jumpa lagi, daaa.
Yeay, baru beli cd ori Padi. :p
Monday, August 08, 2005
Melaka dan Sumatera_Barat
Petang- Jadi pelancong kejap. 'Lawatan sambil graduasi' ke A Famosa. (oh, sila abaikan t-shirt LimKokWing Al & Salleh itu ya :p)
Malam- salleh,zam,al, zul,shahnon. Nonton 'Ungu Violet' di Mahkota Parade! (sangat terasa nak tulis review 'Ungu Violet' ni! Nasib baiklaaa Dian Sastro best!)
Sunday, 7.8.2005 (Convocation Day)
salleh,adi,aleen,kakpah,zam,shahnon (kecewa skit tak sempat nak ambik gambar ramai-ramai)
shahnon, salleh, syibb & mimi
Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
Padi - Menanti Sebuah Jawaban
Tuesday, August 02, 2005
Raja Fahd mangkat, Ku Li dll..
MSNBC: Saudi Arabia’s King Fahd dies at 84
RIYADH, Saudi Arabia - Saudi Arabia’s King Fahd, who cultivated a close relationship between his oil-rich nation and the United States died early Monday, the Saudi royal court said. He was 84.
Since Fahd suffered a stroke in 1995, the king's half brother Crown Prince Abdullah, had been Saudi Arabia’s de factor ruler. Abdullah was appointed the country’s new monarch upon news of Fahd's death..
Berita ni mengingatkan saya pada blog entry bulan lepas, bertarikh 21 Jun, saya letak petikan tulisan S.H. Alattas dari bukunya, 'Mahathir Di Ambang Senja' (1999);
Inilah dia bakal pengganti Mahathir Mohamad sebagai PM Malaysia yang kelima, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tahun ini (1999) tahun 'ABDULLAH'. Siapa sangka Putera Abdullah di Jordan boleh menggantikan almarhum Raja Hussein sedangkan berpuluh tahun Putera Mahkota Hassan menanti sebagai pengganti.
Hadis riwayat Ahlul Bait yang marhumnya: "Bahawa di Hejaz ada seorang Raja yang bernama Binatang akan digantikan oleh seorang putra mahkota yang bernama ABDULLAH, yang lebih baik dan adil."
Seperti mana Raja Fahd akan digantikan oleh putera mahkotanya, Al-Malik Abdullah dan Mahathir Mohamad akan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Insya Allah, kehendak Allah SWT dan Rasul serta doa para wali Allah siapa pun tak boleh menghalangnya. [...]
Berikutan dengan kemangkatan Raja Fadh, dilaporkan;
Oil prices rally on news of Saudi king's death:
Futures briefly hit record high above $62 a barrel Light sweet crude for September delivery briefly rose as high as $62.30 a barrel on the New York Mercantile Exchange, then retreated to settle at $61.57, a rise of $1. The previous closing high on Nymex was $61.28, set July 6, while the previous intraday high was $62.10.
Oil prices are still well below the inflation-adjusted high of about $90 a barrel set in 1981.
Dalam interview Ku Li dengan Malaysia-Today, Ku Li meramalkan harga minyak boleh mencecah 100USD a barrel, by year end! gila. Tapi ini cuma ramalan pasaran harga minyak. Kata beliau;
"Dua bulan dulu, cuma 23 Dollar satu tong, sekarang dah 61 Dollar satu tong. Ini baru bulan Julai, ada 6 bulan lagi sebelum Disember, jadi tak mustahil ada sesetengah meramalkan harga minyak mentah akan meningkat kepada 100 Dollar satu tong..." -Tengku_Razaleigh Hamzah. Masuk Malaysia-Today.net untuk interview lebih lanjut.
Maka, bersiap sedialah untuk kenaikan harga minyak sekali lagi di masa akan datang. Oh, dan juga harga barang-barang harian dll.
Mat Jan tak pernah mengecewakan pembaca-pembaca blog dia dengan lawak trademark dia dari dulu sampai sekarang. Baca blog Mat Jan tentang harga minyak naik. :p
On another note;
Tak sabar nak tunggu Pak Lah reshuffle cabinet, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters via Malaysia-Today.net;
Lagi tiga hari ke Melaka! :)"..Malaysia may be headed for its biggest cabinet reshuffle in two decades as its unassuming prime minister pulls slowly but decisively away from the policies of his predecessor, Mahathir Mohamad, political analysts said."