Dah lama blog ni tak membebel sendirian 'meluahkan perasaan'. Kini tibalah masanya. Alkisah.. sebuah blog entry yang tak ada mukaddimah.
..Aku dah bosan dengan drama Melayu. Sebenarnya memang dari dulu lagi, tapi baru hari ni nak tulis kat blog. Aku dah bosan dengan drama Melayu tipikal yang ada scene kat kampung pastu ada 3,4 orang termasuk tauke warung duduk kat warung kopi. borak-borak mengumpat pasal hal-hal keluarga orang , pasal anak si polan, pasal si polan tu itu ini. mase tengok scene ni aku kutuk-kutuk dalam hati;
"ey pegi mampos aa si polan (mangsa pengumpat) tu nak buat apa pun, yang korang, pakcik pakcik ni duk buang mase melepak kat warung kopi tu mengumpat lagi takde faedahnye!" kata sshahnon kepada shahnonn. Aku tak marahkan para pelakon, sebab diorang memang ikut skrip je la. Tapi dah mual. Bosan dengan storyline macam tu. Takde perkembangan langsunglah drama Melayu ni. Memang me-layu-kan lagi drama Melayu betul la. haih.
Satu lagi, aku dah bosan dengan ayat tipikal;
"blablabla..(sila isi tempat kosong).., nanti apa pulak kata orang kampung,"
Ok tadi tu kalau bab situasi kampung. Kalau drama dunia korporat Melayu lagilaahh mengarut. Sungguh fictional. Tak logik. Sangat di alam fantasi. Antara yang menarik dalam dialog paling common antara secretary dengan boss ialah;
"Boss, ini fail yang boss mintak tu"
Sambil memusingkan kerusi empuknya dan mengadap setiausahanya yang muka takde perasaan seraya berkata;
"aa, baiklah, letakkan atas meja saya ya,"
Satu lagi kalau si Boss tengah cakap telefon, MESTI dia tengah bersembang dengan 'Tan Sri', kalau tak pun dengan Dato' berbincang pasal projek atau meeting. heheh.
Kali terakhir aku enjoy tengok drama Melayu masa zaman sekolah dulu, waktu pertengah 90-an. Yang paling tak dapat nak lupa drama bersiri Cili Padi. Rasanya sape yang membesar zaman 90-an mesti pernah tengok cite ni, kan? Lepas tu adalah beberapa buah drama Cerekarama TV3 setiap Jumaat yang aku pun dah tak ingat tajuk telemovienya. Dah lama sebenarnye aku tak tengok drama RTM, atau lebih tepat dah lama tak tengok tv. Petang tadi bukak tv pun sebab kena babysit aleeya_ ni kejap. So, itulah dia. Kalau tak, jangan haraplaah (sebut gaya Anita Sarawak dalam iklan Kacip Fatimah kat Radio Era. heehe) aku nak bukak tv. Sambil tengok sambil maki hamun depan tv. Pelik, entah kenape aku tak tutup je tv tu terus. Lagi lama aku duduk depan tv lagi lama aku maki maki hamun sorang-sorang. Macam orang gila la jugak. Tapi jangan risau,_Shahnon yang anda kenali masih waras.
Maka apabila dah sampai satu tahap yang memang tak dapat nak tahan lagi dah, aku terus tukar ke salah satu favorite channel aku kat Astro, Channel 11 - Travel & Living. Kebetulan ada cerita tentang Castles of Europe! Aku tak tahu sejak bila aku sangat minat pada senibina istana & kota-kota lama Eropah. Sebab tu kot aku suka nonton filem-filem period, epik dan sejarah. Kecik-kecik dulu aku suka tengok Robin Hood, Dungeons and Dragon pastu ape tah lagi. Kalau sekarang ni pulak, Kingdom of Heaven, Gladiator, Troy, The Messenger (Joan of Arc), dll. Alexander aku enjoy kalau dia tak gay. Lords of The Ring pun boleh masuk kategorilah jugak, walaupun filem tu fantasi. King Arthur dikecualikan sebab storyline yang sangat bosan dan flat. Oh dah melalut masuk bab movie pulak.
Ok, kalau filem Melayu, banyak filem favorite aku yang dari genre epik, period & sejarah, seperti Puteri Gunung Ledang, Leftenan Adnan, Paloh, Hang Tuah (filem P. Ramlee) dll. Nombor 1 dalam list movie-favorite-selepas-zaman-P. Ramlee ialah; Sayang Salmah arahan Mahadi J. Murad. Aku rasa Sayang Salmah dari segi jalan cerita dan persembahan memang sangat solid! Mantap. Flawless lah pendek cerita. Sidi Oraza tu, aku respek habis sama dia. Apa cerita aa dia sekarang? Kalau orang tanya sape favorite Malay actor aku, aku akan jawab Sidi Oraza. Azhar Sulaiman pun salah sorang lagi untuk dekad 90-an. Kalau favorite actress semestinya Sofea Jane!
Kalau genre lain pulak, Layar Lara, Jimi Asmara, Perempuan Isteri dan..., XX Ray, Abang '92 dan beberapa yang lain yang tak dapat nak recall. Oh dan tak ketinggalan juga filem pertama aku tonton di panggung wayang kat Alor Setar pada tahun 1991; Mat Som (sebab aku dah pernah baca komik dia, karya kartunis Lat.) dan Mat Gelap (mane bole lupe beb, Mama Bosan & Al Kepong tu, hehe) sebab dulu kecik-kecik aku minat kat Imuda. :p
Setakat filem-filem 90-an aje la aku listkan buat masa ni. Nanti kang berjela-jela pulak.
Aku kini dah separuh jalan sedang menghabiskan novel biografi_A. Samad Ismail bertajuk "A. Samad Ismail; Journalism and Politics" hasil susunan dan penulisan oleh Cheah Boon Kheng. Bercakap tentang A. Samad Ismail, aku teringin nak tengok novel A. Samad Ismail "Patah Sayap Terbang Jua" di layar perak pula lepas ni, setelah berjaya dipentaskan beberapa bulan lepas. Tapi itulah, filem macam ni kata orang takde 'market' kononnya. ntahape betul la orang kita ni. Aku rasa aku terpaksa menerima hakikat sebenar tentang industri filem negara, sampai bila kita asyik nak maki hamun si Profesor Madya tu. Dia ikut kehendak 'market'. Maka disuapkan ajela ape yang penonton tu nak walaupun kadang-kadang dirasakan seolah intelektual masyarakat diperbodohkan secara terang-terangan.
(Oh teringat zaman borak-borak dari tengah malam sampai pukul 4 pagi pasal industri filem negara di kedai mamak ABC, Puchong dengan Salleh, Zam, Aleen dll suatu mase dulu. Hahah. Gile semangat :p)
Tapi walau apa sekalipun, aku masih anggap filem Kuliah Cinta filem paling sampah dalam sejarah hidup aku dan jugak lakonan Erra Fazira dalam Kuliah Cinta adalah yang paling sampah dalam banyak-banyak filem yang dia berlakon. Aku masih tak faham macam mana filem tu boleh kutip 4 juta. Atau mungkin aku malas nak buang masa cuba untuk memahami kot. Oklah. Entah apa aku merepek kat blog ni.
Akhir kata, saya mohon maaf kalau sekiranya ada mana-mana pihak tersinggung dengan tulisan saya ini. Sekian.
----------------------------------------------------------------------------------
Dah 2 hari lagu Cinderella daripada band Indon, Radja ni berkumandang di winamp aku. Muziknya berentak pop punk dan liriknya simple, pasal kisah hidup Cinderella je tapi boleh layan laa.
Ada sebuah kisah
tentang dara jelita
hidup selalu penuh dera dan siksa
datang sebuah berita
tentang adanya pesta
pangeran mencari permaisurinya
Cinderella pun tiba
dengan kereta kencana
sepatu kaca hiasi kakinya
semua mata terpanah
akan kedatangannya
pangeran pun jatuh cinta padanya
waktu terus berganti
dentang jam pun berbunyi
Cinderella pun pergi
Cinderella, Cinderella