Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Tuesday, June 28, 2005

 

Labbaikallah..

"Labbaikallahumma labbaik, Labbaikala sharikala kalabbaik, Innalhamda wanni'mata laka walmulk, La sharikalak."
"Hambamu datang menyambut panggilan-Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu."

Sunday, June 26, 2005

 

The Great Malaysian Job Hunt#


view of Putrajaya from the PICC


Ahli Fiqir "angguk-angguk geleng-geleng" pun adaaa..

Ahh, finally my first ever job interview. Felt so relief now. :)

Related news;
TheStar Online: 11,000 ICT grads flock for jobs at Great Malaysian Hunt

Friday, June 24, 2005

 

Selamat Pagi

Di kala pukul 2 pagi yang sunyi..

2:07:43 AM zack: ko amacam? sudah keje
2:07:47 AM shahnon: Sabtu Ahad ni ada
msn recruitment fair
2:07:50 AM shahnon: aku nak pegi aa nanti
2:07:54 AM shahnon: eh MSC
2:07:56 AM shahnon: msn plak
2:07:57 AM Shahnon: hahah
2:07:57 AM zack: mdc
2:08:00 AM zack: hahahahahaa
2:08:03 AM zack: mmg lawakk doooo
2:08:16 AM zack: leh kita msn kat sana
2:08:19 AM zack: hahahhaa
2:08:22 AM Shahnon: hahah
2:08:31 AM zack: aduhaiii.. agak kelakar laa lawak ko pagi buta nih
Tula akibat chat di MSN pukul 2 pagi. aHahah. tak sempat nak cover. :P

Cerita lain pulak.

Patah Sayap Terbang Jua - Di pentas DBKL

Teater arahan Othman Zainudin itu didaptasikan dari novel wartawan tersohor negara, Tan Sri A. Samad Ismail. Ia dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama DBKL dan Berita Harian Sdn. Bhd.

Kesemua itu boleh disaksikan pada pementasan teater perdana Patah Sayap Terbang Jua yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1 Julai hingga 8 Julai ini pukul 8 malam.

Menurut Othman, "Saya tertarik dengan novel A. Samad yang hebat ini kerana beliau merupakan wartawan dan penulis yang lahir pada zaman kolonial dan menentang penjajah. Karyanya ini memberikan gambaran jelas tentang keadaan pada waktu itu,'' tambahnya pada sidang media di DBP, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Aaa nak tengok! Tapi apakan daya 1-8 Julai je. Aku takde kat sini. Ada 2 sebab apsal aku excited bila baca berita pasal teater ni.
1. Sebab aku dah baca novel A. Samad Ismail - 'Patah Sayap Terbang Jua'!
2. Sebab Othman Zainuddin tu bapak member aku, Ozog aka Azam! Hahahah.

Daymnn. Maka, hanya mampu melepaskan geram kat blog.

The Wrens - 13 Months in 6 minutes

Wednesday, June 22, 2005

 

tak guna punya Pak Arab..

Harian Metro: Helah Pak Arab

KUALA LUMPUR: Seorang pelancong Arab bertindak licik memperdayakan sekurang-kurangnya dua pemandu teksi di sini, semalam, dengan meminjam wang kononnya untuk membeli makanan selepas mendakwa tidak sempat menukar mata wang asing dibawanya sebelum menghilangkan diri.

Untuk meyakinkan mangsanya, lelaki yang mendakwa dari Kuwait itu terlebih dulu singgah membeli kasut dan kemudian meninggalkannya dalam teksi sebagai jaminan dia tidak akan melarikan diri selepas meminjam wang berkenaan.

Bagaimanapun, Pak Arab terbabit ternyata licik apabila kotak yang ditinggalkan dalam teksi itu sebenarnya mengandungi kasut buruk dan ia hanya disedari pemandu teksi apabila memeriksanya selepas pelancong terbabit tidak muncul kembali beberapa jam kemudian. berita lanjut..

Berita lain;
Malaysia woo Arab tourists
These tourists will receive a red-carpet welcome at the Kuala Lumpur International Airport, where special fast-track immigration lanes for Middle Eastern families will soon be launched, together with welcome signs and announcements in Arabic, Wee said in the report. more news..
Siap ada fast track lane & red carpet tuu..

Tuesday, June 21, 2005

 

Bacalah..

Kebelakangan ni saya banyak baca buku/surf internet (Wikipedia) tentang isu Timur Tengah, kerajaan-kerajaan monarki Arab (terutama sekali kerajaan monarki Jordan keturunan bani Hashim) dan isu Palestin-Israel yang dah berlarutan lebih 50 tahun lamanya. (Sejak negara haram Israel ditubuhkan pada 1948). Beberapa bulan lepas mak saya ada menghadiahkan beberapa buah buku second hand; 'Arab and Jews', 'The War We Could Not Stop:The Real Story of the battle in Iraq' dan 'Why Do People hate America', tapi satu pun tak terbaca lagi. Ha hah.
Membacakan tentang keluarga diraja Jordan dari keturunan Bani Hashim, iaitu dari keturunan baginda Rasulullah melalui Hussein bin Ali, mengingatkan saya kepada sebuah buku S.H. Al-Attas, 'Mahathir Di Ambang Senja (1999)'. Di mukasurat 11 terpampang wajah Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik (tahun 1999) Pak Lah, S.H. Al-Attas mengaitkan nama tiga Abdullah di sini. Raja Abdullah Jordan, Al-Malik Abdullah, Putera Mahkota Arab Saudi dan Abdullah Ahmad Badawi.
S.H. Al-Attas menulis;

Inilah dia bakal pengganti Mahathir Mohamad sebagai PM Malaysia yang kelima, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tahun ini (1999) tahun 'ABDULLAH'. Siapa sangka Putera Abdullah di Jordan boleh menggantikan almarhum Raja Hussein sedangkan berpuluh tahun Putera Mahkota Hassan menanti sebagai pengganti.

Hadis riwayat Ahlul Bait yang marhumnya: "Bahawa di Hejaz ada seorang Raja yang bernama Binatang akan digantikan oleh seorang putra mahkota yang bernama ABDULLAH, yang lebih baik dan adil."

Seperti mana Raja Fahd akan digantikan oleh putera mahkotanya, Al-Malik Abdullah dan Mahathir Mohamad akan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Insya Allah, kehendak Allah SWT dan Rasul serta doa para wali Allah siapa pun tak boleh menghalangnya.

Saya tak pasti sejauh mana kesahihan hadis ini, tapi saya pasti S.H. Al-Attas ada melakukan research beliau sendiri sebelum menulis perenggan tersebut. Tentang mungkin ramai menganggap ianya kebetulan semata, tapi bagi saya kebetulan ini satu situasi yang menarik. Ada satu persamaan yang menarik tentang peralihan kuasa antara negara Jordan dan Malaysia. Kalau dilihat di Jordan, Putera Hassan (adik Raja Hussein) telah lama menduduki kerusi Putera Mahkota dari tahun 1965-1999, tapi sebaik saja sebelum Raja Hussein mangkat (tahun 1999) beliau menukar keputusan dengan melantik anak sulung beliau, Putera Abdullah sebagai pengganti. Keputusan ini mengejutkan banyak pihak.
Bandingkan hal yang lebih kurang sama di Malaysia. Anwar Ibrahim dibawa masuk oleh Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982. Beliau dengan pantas menduduki jawatan-jawatan tertinggi parti dan kabinet kerajaan, bermula dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Kabinet. Tahun 1993, Anwar memenangi jawatan Timbalan Perdana Menteri tanpa bertanding apabila Tun Ghafar Baba menarik diri di saat akhir. Pada pertengahan tahun 90-an hingga di saat Dato Seri Anwar memikul amanah sebagai pemangku Perdana Menteri (1997), semua orang menganggap bahawa ini dia bakal pengganti Mahathir. Sampaikan Mahathir pun telah membuat pengumuman di media dengan mengatakan bahawa, Anwar adalah pengganti beliau.
Tetapi tidak sampai setahun kemudiannya, Anwar dipecat dari UMNO dan kerajaan atas tuduhan-tuduhan yang memalukan. Saya tak ingin cerita panjang isu Anwar atau siapa yang benar, Mahathir atau Anwar. Cukup untuk saya simpulkan di sini bahawa, Anwar telah lama dilatih oleh Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi di saat-saat akhir, kita boleh kata God had other plans for Malaysia dan tahun berikutnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Tak kisahlah kalau budak-budak reformasi dan orang Anwar nak kata ini semua Konspirasi Mahathir menjatuhkan Anwar. Itu cerita lain.
Bezanya hal di Jordan tadi tak ada rusuhan. Tak ada Reformasi nasi basi.
Saya kini dalam proses menghabiskan buku memoir best seller 'Queen Noor- A Leap of Faith; Memoirs of an Unexpected Life', tulisan bekas Permaisuri Jordan, Queen Noor. Tadi saya sempat order online buku 'From Beirut to Jerusalem' karangan Dr. Ang Swee Chai. Antara faktor penyebab saya beli sebab harganya cuma RM20 setebal 327 mukasurat. Mula-mula tak kenal sape Dr. Ang ni. Tapi saya tertarik untuk meng-google tentang diri Dr. Ang. sebab saya tak pernah terbaca ada pengarang Cina menulis tentang isu Palestin-Israel. Mungkin ada tapi saya tak jumpa lagi kot.
Sedikit pengenalan tentang beliau. Beliau merupakan seorang saksi kekejaman rejim Israel sewaktu pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di kem Sabra-Shatila. Baca Wikipedia untuk maklumat lebih lanjut tentang 'Sabra And Shatila Massacre'. Menurut beliau;
"The slaughter of unarmed children, women, the aged and the infirm was shocking. For me, I was doubly outraged that I had to discover the truth about a brave and generous people only through their deaths. Until then, I never knew Palestinian refugees existed. As a fundamentalist Christian, I had been a supporter of Israel, hated Arabs and saw the Palestinian Liberation Organisation as terrorists to be loathed and feared."
Dr Ang Swee Chai grew up supporting Israel. Arabs, she was told, were terrorists. But in 1982, on the television she saw the relentless bombing of Beirut by Israeli planes. Shocked, her view of Israel began to change. It was then that she heard of an international appeal for an orthopaedic surgeon to treat war victims in Beirut. The petit woman - she was just under 1.5 meters - resigned her job in London, bade her husband farewell and set out on a journey to civil war Beirut, there she was to eye-witness the Sabra-Shatila massacres.

Sedikit maklumat ringkas Sabra-Shatila Massacre;

Sabra-Shatila Massacre: In September 1982, just a few weeks after the Palestinian men had surrendered their weapons under an internationally brokered peace deal, and were deported from Beirut leaving their families under the protection of an international peace keeping force, the Israeli army invaded Beirut, violating the peace treaty, and some 3000 defenceless Palestinian women and children were rounded up in the refugee camps of Sabra and Shatila and systematically murdered in cold blood. read more..

Seminggu lagi..


Monday, June 20, 2005

 

haircut!?!

Setelah setahun dua bulan tak potong rambut! Tangan ni asyik gatal je nak pegang ekor rambut ni. Tak sedar sedar lagi kot dah takde ponytail. Muahahah.
ntahapaapa je :p
The Wallflowers - Closer To You

Sunday, June 19, 2005

 

Politics Schmolitics

Lama blog ni tak sembang politik. Politik UMNO khususnya. Ada berita menarik daripada Mingguan Malaysia hari ini berkenaan tentang 'salah laku parti' (politik wang?) . Kemudiannya laporan daripada UMNO-Reform pula. Anggap blog entry kali ni umpama sembang kedai kopi je.
Mingguan - Salah laku parti: Pemimpin kanan akan dipanggil beri keterangan
PULAU PINANG 18 Jun - Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Zaki Tun Azmi membayangkan ada pemimpin kanan UMNO akan dipanggil menghadap lembaga itu atas dakwaan melanggar tataetika pemilihan parti.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang terbabit.

Dalam pada masa yang sama, UMNO-Reform di bawah tajuk utamanya hari ni melaporkan,

Tan Sri Isa Samad, Ali Rustam di panggil Jawatankuasa Disiplin UMNO.

Petikan daripada laman web UMNO-Reform;

Kami telah dimaklumkan melalui email bahawa Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam adalah antara mereka yang akan dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Jawatankuasa Disiplin menetapkan 23 dan 24hb Jun 2005 untuk mereka mendengar pertuduhan politik wang mereka.

Turut di maklumkan bahawa beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk Dato Seri Dr Khir Toyo akan di panggil bagi menjawab tuduhan yang sama. Akan di susul dengan berita sepenuhnya.

Dua petikan laporan ini mengingatkan saya untuk kembali mencari archive lama dari laman web Malaysia-Today.net yang pernah menyiarkan surat kiriman kontroversi daripada 'Perwakilan UMNO Pulau Pinang' di bawah tajuk "Pengakuan Indeks Rasuah yang Kritikal Dalam UMNO" yang mendedahkan hal rasuah calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO tahun lepas, terutama sekali Tan Sri Isa Samad dan tentang sumber pendapatan beliau dah kaitan beliau dengan seorang tauke Cina. Sejauh mana kebenaran ini, Wallahu'alam. Sila klik dan baca, saya tak nak post kat blog ni.

Walaupun saya tak pernah minat dengan kedua pemimpin dari Negeri Sembilan & Melaka ni tapi saya tak berani nak bersetuju dengan keseluruhan cerita dalam artikel tu sebab memang dah banyak penulis-penulis picisan memfitnah pemimpin-pemimpin politik ni baik dari UMNO atau pembangkang.

Harapnya Lembaga Disiplin UMNO (yang umpama hilang kredibiliti bila pemimpin-pemimpin seperti Zaid Ibrahim, Syed Ali AlHabshee dengan lantang mengkritik Lembaga itu di media) bertindak tegas kali ni, tanpa campur tangan mana-mana pihak. Bagus jugak kalau betul laporan UMNO-Reform tu. Pastu kasi pecat/gantung je Isa Samad & Ali Rustam tu. Sedih betul dua pemimpin macam ni boleh menang Naib Presiden (takde kaitan dengan berita Mingguan Malaysia & laporan UMNO-Reform). Pada saya dua-dua ni tak layak jadi pemimpin negara. Tetapi dari satu lagi sudut, sedih sebab tanda-tanda UMNO di ambang kehancuran itu jelas. UMNO tak akan dapat kalah kepada PAS! Semestinya tidak dengan kelDAIan! eh silap, dah jadi PKR sekarang. UMNO hanya akan hancur dari dalam.. Rasanya semua orang tahu akan hal ni. Sejarah selalu berulang dan akan terus berulang kalau kita lalai.

Sedih tengok orang macam ni jadi Pemimpin tertinggi UMNO. Tapi tak hairan jugakla kalau menang sebab pakai duit. Rosak UMNO, rosak negara kalau orang macam ni kalau jadi Perdana Menteri. Ok, nak ulas lebih lanjut pasal ni mungkin tak sesuai, berita pemilihan 2004 dah lama basi.Harap-harap pemilihan akan datang akan muncul pula muka-muka baru mengisi jawatan Naib Presiden. Nantikan laporan susulan UMNO-Reform dan Utusan Malaysia esok tengok ape cerita plak.

[: Sedang menunggu saat UMNO diganti oleh pemuda-pemuda generasi Khairy & Mukhriz mengambil alih tampuk pemerintahan. 10-15 tahun lagi aa..]


Saturday, June 18, 2005

 

Kereta merah

Wargh tension gile. Bangun pagi je tengok kereta yang park kat luar rumah kena langgar. Bodoh nak mampos! Mabuk ke ape! Kereta park kat tepi jalan pun boleh langgar. Adoi geramnye. Pagi pagi lagi dah maki maki hamun.
Nasib baik ada lagu best yang dapat menenteramkan jiwa. kohkoh.

Thursday, June 16, 2005

 

Reminisce

A personal record of my association in non academic activities in MMU (2001-2005).

Alpha Year (2001-2002)

Gerak Cemerlang 2001, KLCC (kamera abg. jan)

1. Institusi Usrah Program Ria 2001 - Kuala Linggi, Melaka (July 2001)
2. Silat Cekak Hanafi Gerak Cemerlang 2001 - Malaysia Book of Records: 'Largest Participation in Silat Performance', Esplanade KLCC (August 2001)
3. Desa IT 2001 Kubang Pasu, Kedah (September 2001)
4. Perkhemahan Mahasiswa Intelek (PERMAI), Alang Sedayu, Gombak (October 2001)
5. Alpha FCM 'Carpe noctem' (annual dinner), Kelana Jaya (October 2001)
6. Alpha FCM trip to Port Dickson (February 2002)
7. Silat Cekak Hanafi MMU mountain climbing expedition - Gunung Angsi, Ulu Bendol, Kuala Pilah (February 2002)

Beta Year (2002-2003)

TPM (ketika ini), Pak Lah merasmikan KMMK 2002

1. Konvensyen Mahasiswa Melayu Kebangsaan (KMMK) organised by Persatuan Warga Warisan Melayu Muda (WAWASAN), Dynasty Hotel,KL (Jun 2002)
2. SCHMMU Cyber Era Quest 2002 (IT competition), MMU Cyberjaya. (October 2002)
3. Konvensyen Rakan Sebaya Kebangsaan (KRSK), Mint Hotel, Serdang (January 2003)

Gamma Year (2003-2004)


L-R: Zaidi,Joshua,me,Faizul. best music video award. Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM) UiTM Shah Alam

1. Majlis Ijazah Tamat Silat Cekak Hanafi (May 2003)
2. DM class trip to Terengganu (July 2003)
3. Cyberjaya Digital Video Awards, Cyberview Lodge, Cyberjaya (July 2003)
4. MMU Motorsport convoy, Teluk Batik, Perak (July 2003)
5. Short Film screening, HELP Institute, Pusat Bandar Damansara (August 2003)
6. Silat Cekak Hanafi annual dinner, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam (August 2003)
7. Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM), UiTM Shah Alam - Menang anugerah muzik video terbaik (Evening News) (September 2003)
8. 17th Singapore International Film Festival - video "Evening News" selected untuk screening je. kitorang tak pegi pun Singapore (April 2004) -- Artikel TheStar
9. Outdoor Activities & Recreational Club (OARS) trip to Pulau Kapas, Terengganu (April 2004)

Delta Year (2004-2005)

FCM Nite, JW Marriot, KL

1. Seminar Pahlawan Melayu & Tari Pendekar Tua Pahang & Adat dan Adab Keris, Vistana Hotel,KL (July 2004)
2. Art Exhibition, NotThatBalai, Seputeh, KL (July 2004)
3. Majlis Petua Silat Cekak Hanafi, Dato' Keramat, KL (August 2004)
4. Perdana Discourse Series - National Unity, Perdana Leadership Foundation, Putrajaya (August 2004)
5. FCM Nite, JW Marriot, KL (March 2005)
6. Cameron Highlands trip (April 2005)
7. Caving Expedition, Gua Senyum, Pahang (April 2005)



Perasmian oleh YBhg. Canselor MMU, SRK Seri Banai, Kg. Pelubang.

Dalam banyak-banyak event kat atas ni, aku anggap Desa IT Kubang Pasu 2001 sebagai yang program yang terbaik atau dengan kata lain, yang paling bermakna yang aku pernah sertai sepanjang 4 tahun di MMU. 7 hari di Kg. Teluk Tui banyak mengajar aku tentang hidup, tentang kehidupan sosial masyarakat kampung, lifestyle diorang etc etc. Rasa terharu sangat bila kedatangan kami disambut dengan perasaan besar hati seluruh masyarakat kampung.
sawah padi yang indah terbentang luas

Antara kenangan yang paling tak dapat nak lupa, waktu nak dekat sunset, naik motor di tengah batas sawah. Pehhh.. macam dalam movie. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Hahahah. Isy, terasa sungguh jakun pulak. ah, lantak aa kan.

Indahnya kenangan dulu..

blog entry ni bukan nak riak, niat semata-mata untuk simpan rekod aktiviti persatuan/kelab secara online sepanjang 4 tahun di MMU (2001-2005).

The Raveonettes - Here Comes Mary (layannn sialll)

[All images are copyrighted © shahnon]

Wednesday, June 15, 2005

 

X n Y

So I waited for you
What wouldn't I do
And I'm covered it's true
I'm covered in you

And if I ever want proof
I find it in you
Yeah I honestly do
In you I find proof

Light and dark
Bright spark
Light and dark
And then light

So I waited all day
What wouldn't I say
And are there things in the way
Things happen that way

Oh and if I ever want proof

Then I find it in you
Oh, yeah I honestly do
In you I find proof

Light, light, light, light
Proof by Coldplay

I need a haircut.

Tuesday, June 14, 2005

 

Muid Latif on 'young designers'..

I'd like to thank Muid Latif for sharing his thoughts by writing this long piece of article, "Welcome to the real world young designers!" in his blog. At a certain reading i felt like it was written for me, or at least as a fresh graduate lah kan. I read it for a few times and pondered and read it again as i thought of the many uncertainties of my career in this field. hmm.. but anyway, aspirants young designers out there, go have a read.
As Muid put it,

"So, how many of your clients can give you free flow without getting that bounce-back (return) of your creative ideas that you have been working for over a month?? “No, that green kaler (color) look similar to 7-11 woh…, We want something related to mother-nature, can we have pink??” Hello! Well, ain’t that a fact that this is Malaysia and we are bounded with the rule of stereotypes clients and those I should called *katak duduk dibawah tempurung* which means naïve people who still living in the Stone Age."

I was quickly reminded of a friend of mine who had an experience of doing freelance design job. He told me, "Dia (client) nak design futuristic tapi suruh guna font Times New Roman," hehe. No, don't get me wrong, the "many uncertainties" that i wrote in the earlier paragraph has got nothing to do with this statement. That, is a case for another reason.
This is the question that I still couldn't find a solid answer for myself, written in the article;
"Do we still have to be a designer at the age of 30? Where do we go from here?" ...
Anyway, check out my newly updated fotopage. :)
Coldplay - Proof

Monday, June 13, 2005

 

Tiomannnnn..


Kg. Genting, Tioman Island


[Nik,Azry,me,Farhan]
on the boat from Kg. Genting to Tekek, Tioman for snorkeling


Sunset in Kg. Genting

"...Blablabla, Korang dari Singapore ye?
eh TAK tak, dari KL.
Ooo, KL kat mana? Blablabla..."

More pictures coming up soon. :D

Travis - The Distance

Thursday, June 09, 2005

 

Tioman baybeh!



Yay, I'm off to Tioman Island for three days. I'll be back on Sunday. til then, have a nice weekend guys.
Anyway, check out the website above (click the image). It's my fyp online documentation. :)

Wednesday, June 08, 2005

 

Happy~

Wahh, happynya hari ni. Tadi singgah MPH Subang Parade. Hajatnya nak cari buku Dr. Tuah Iskandar, 'Original' tapi dah habis stok, orang tu cakap kat MPH Pyramid ade. So takpelah. Sambil belek-belek rak tu terjumpa novel 'Tenggelamnya Kapal van der Wijk' karya tokoh pendakwah dan sastera agung di Nusantara awal kurun ke-20, HAMKA.
Giler, hampir dua tahun aku cari buku ni! Jumpa jugak akhirnya. heheh. Buku ni diterbitkan semula tahun 2002. Novel asalnya terbit tahun 1939 (kalau tak silap).
On another note;
Yay! Happy lagi. tiket bas esok malam dah berada di tangan! Haha. tak sabar rasanya. Moga-moga selamat perjalanan pergi dan balik. insyaAllah.
Semalam pun happy jugak.. =)
Maka, mari nyanyi lagu Travis - Happy beramai-ramai! kohkoh.

Saturday, June 04, 2005

 

"Maaf, tiada panggung wayang di Shah Alam..."

Oleh Hadry Ahmad via AgendaSelangor

SHAH ALAM, Jumaat 3 Jun. -- --`Tidak ada panggung wayang di Shah Alam''. Itulah kata-kata tegas Datuk Bandar Shah Alam, Ramli Mahmud mengenai permohonan sebuah syarikat yang mahu membina panggung wayang di Plaza Alam Sentral di sini.

MBSA tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan permohonan mana-mana pihak untuk mewujudkan panggung wayang di bandar raya ini.

Ramli berkata, pendirian itu adalah jelas dan tidak boleh dipertikaikan sejajar dengan dasar MBSA yang tidak akan membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di bandar raya tersebut.


Jelas beliau, tujuan MBSA menolak permohonan pihak tertentu untuk membina panggung wayang di Shah Alam adalah untuk memastikan tidak ada gejala maksiat di bandar raya ini. berita lanjut..

Aduh. Sangat tak boleh terima kenyataan Datuk Bandar Shah Alam ni. Kalau MBSA halang bukak pub, disko, kelab dangdut, rumah urut boleh terimalah. Memang patut pun. Tapi ni panggung wayang. Tak setuju panggung wayang disama tarafkan dengan 'pusat-pusat hiburan' (?). Takde panggung wayang pun, ade je orang buat wayang sendiri kat Tasik Shah Alam tu. heheh.
Maka dengan ini, terjawab sudah segala kemusykilan aku selama bertahun-tahun sebab apa Bandaraya Shah Alam tak ada panggung wayang. Sekian, terima kasih.
Mxpx ft. Mark Hoppus - Wrecking Hotel Rooms

 

put your crystal under my pillows, send your epistle to my bedfellows, lalalla

Lamanya tak update blog. Main layout toksah cite lah (huahuah). Banyaknya benda nak buat dalam masa singkat ni! hohoh.
Akhirnya Selasa lepas, berjaya jugak menjejakkan kaki di bookstore terbesar di Malaysia, 'Borders' kat Times Square. Yay. Tapi rasenye Kinokuniya lagi best. tak taula orang lain camne plak. Dalam tak sedar 'ter'lepak kat sana dekat 3 jam(!) & sempat beli 3 buah buku. :)
Akhir kata, Happy Birthday diucapkan kepada Yang Di Pertuan Agong, DYTM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Daulat Tuanku! :p
The Unicorns - I Was Born A Unicorn

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009