PULAU PINANG 18 Jun - Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Zaki Tun Azmi membayangkan ada pemimpin kanan UMNO akan dipanggil menghadap lembaga itu atas dakwaan melanggar tataetika pemilihan parti.Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang terbabit.
Dalam pada masa yang sama, UMNO-Reform di bawah tajuk utamanya hari ni melaporkan,
Tan Sri Isa Samad, Ali Rustam di panggil Jawatankuasa Disiplin UMNO.
Petikan daripada laman web UMNO-Reform;
Kami telah dimaklumkan melalui email bahawa Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Ali Rustam adalah antara mereka yang akan dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Jawatankuasa Disiplin menetapkan 23 dan 24hb Jun 2005 untuk mereka mendengar pertuduhan politik wang mereka.
Turut di maklumkan bahawa beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk Dato Seri Dr Khir Toyo akan di panggil bagi menjawab tuduhan yang sama. Akan di susul dengan berita sepenuhnya.
Dua petikan laporan ini mengingatkan saya untuk kembali mencari archive lama dari laman web Malaysia-Today.net yang pernah menyiarkan surat kiriman kontroversi daripada 'Perwakilan UMNO Pulau Pinang' di bawah tajuk "Pengakuan Indeks Rasuah yang Kritikal Dalam UMNO" yang mendedahkan hal rasuah calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO tahun lepas, terutama sekali Tan Sri Isa Samad dan tentang sumber pendapatan beliau dah kaitan beliau dengan seorang tauke Cina. Sejauh mana kebenaran ini, Wallahu'alam. Sila klik dan baca, saya tak nak post kat blog ni.
Walaupun saya tak pernah minat dengan kedua pemimpin dari Negeri Sembilan & Melaka ni tapi saya tak berani nak bersetuju dengan keseluruhan cerita dalam artikel tu sebab memang dah banyak penulis-penulis picisan memfitnah pemimpin-pemimpin politik ni baik dari UMNO atau pembangkang.
Harapnya Lembaga Disiplin UMNO (yang umpama hilang kredibiliti bila pemimpin-pemimpin seperti Zaid Ibrahim, Syed Ali AlHabshee dengan lantang mengkritik Lembaga itu di media) bertindak tegas kali ni, tanpa campur tangan mana-mana pihak. Bagus jugak kalau betul laporan UMNO-Reform tu. Pastu kasi pecat/gantung je Isa Samad & Ali Rustam tu. Sedih betul dua pemimpin macam ni boleh menang Naib Presiden (takde kaitan dengan berita Mingguan Malaysia & laporan UMNO-Reform). Pada saya dua-dua ni tak layak jadi pemimpin negara. Tetapi dari satu lagi sudut, sedih sebab tanda-tanda UMNO di ambang kehancuran itu jelas. UMNO tak akan dapat kalah kepada PAS! Semestinya tidak dengan kelDAIan! eh silap, dah jadi PKR sekarang. UMNO hanya akan hancur dari dalam.. Rasanya semua orang tahu akan hal ni. Sejarah selalu berulang dan akan terus berulang kalau kita lalai.
Sedih tengok orang macam ni jadi Pemimpin tertinggi UMNO. Tapi tak hairan jugakla kalau menang sebab pakai duit. Rosak UMNO, rosak negara kalau orang macam ni kalau jadi Perdana Menteri. Ok, nak ulas lebih lanjut pasal ni mungkin tak sesuai, berita pemilihan 2004 dah lama basi.Harap-harap pemilihan akan datang akan muncul pula muka-muka baru mengisi jawatan Naib Presiden. Nantikan laporan susulan UMNO-Reform dan Utusan Malaysia esok tengok ape cerita plak.
[: Sedang menunggu saat UMNO diganti oleh pemuda-pemuda generasi Khairy & Mukhriz mengambil alih tampuk pemerintahan. 10-15 tahun lagi aa..]
No comments:
Post a Comment