Friday, June 24, 2005

Selamat Pagi

Di kala pukul 2 pagi yang sunyi..

2:07:43 AM zack: ko amacam? sudah keje
2:07:47 AM shahnon: Sabtu Ahad ni ada
msn recruitment fair
2:07:50 AM shahnon: aku nak pegi aa nanti
2:07:54 AM shahnon: eh MSC
2:07:56 AM shahnon: msn plak
2:07:57 AM Shahnon: hahah
2:07:57 AM zack: mdc
2:08:00 AM zack: hahahahahaa
2:08:03 AM zack: mmg lawakk doooo
2:08:16 AM zack: leh kita msn kat sana
2:08:19 AM zack: hahahhaa
2:08:22 AM Shahnon: hahah
2:08:31 AM zack: aduhaiii.. agak kelakar laa lawak ko pagi buta nih
Tula akibat chat di MSN pukul 2 pagi. aHahah. tak sempat nak cover. :P

Cerita lain pulak.

Patah Sayap Terbang Jua - Di pentas DBKL

Teater arahan Othman Zainudin itu didaptasikan dari novel wartawan tersohor negara, Tan Sri A. Samad Ismail. Ia dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama DBKL dan Berita Harian Sdn. Bhd.

Kesemua itu boleh disaksikan pada pementasan teater perdana Patah Sayap Terbang Jua yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1 Julai hingga 8 Julai ini pukul 8 malam.

Menurut Othman, "Saya tertarik dengan novel A. Samad yang hebat ini kerana beliau merupakan wartawan dan penulis yang lahir pada zaman kolonial dan menentang penjajah. Karyanya ini memberikan gambaran jelas tentang keadaan pada waktu itu,'' tambahnya pada sidang media di DBP, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Aaa nak tengok! Tapi apakan daya 1-8 Julai je. Aku takde kat sini. Ada 2 sebab apsal aku excited bila baca berita pasal teater ni.
1. Sebab aku dah baca novel A. Samad Ismail - 'Patah Sayap Terbang Jua'!
2. Sebab Othman Zainuddin tu bapak member aku, Ozog aka Azam! Hahahah.

Daymnn. Maka, hanya mampu melepaskan geram kat blog.

The Wrens - 13 Months in 6 minutes

No comments: