Saturday, June 04, 2005

"Maaf, tiada panggung wayang di Shah Alam..."

Oleh Hadry Ahmad via AgendaSelangor

SHAH ALAM, Jumaat 3 Jun. -- --`Tidak ada panggung wayang di Shah Alam''. Itulah kata-kata tegas Datuk Bandar Shah Alam, Ramli Mahmud mengenai permohonan sebuah syarikat yang mahu membina panggung wayang di Plaza Alam Sentral di sini.

MBSA tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan permohonan mana-mana pihak untuk mewujudkan panggung wayang di bandar raya ini.

Ramli berkata, pendirian itu adalah jelas dan tidak boleh dipertikaikan sejajar dengan dasar MBSA yang tidak akan membenarkan kewujudan pusat-pusat hiburan di bandar raya tersebut.


Jelas beliau, tujuan MBSA menolak permohonan pihak tertentu untuk membina panggung wayang di Shah Alam adalah untuk memastikan tidak ada gejala maksiat di bandar raya ini. berita lanjut..

Aduh. Sangat tak boleh terima kenyataan Datuk Bandar Shah Alam ni. Kalau MBSA halang bukak pub, disko, kelab dangdut, rumah urut boleh terimalah. Memang patut pun. Tapi ni panggung wayang. Tak setuju panggung wayang disama tarafkan dengan 'pusat-pusat hiburan' (?). Takde panggung wayang pun, ade je orang buat wayang sendiri kat Tasik Shah Alam tu. heheh.
Maka dengan ini, terjawab sudah segala kemusykilan aku selama bertahun-tahun sebab apa Bandaraya Shah Alam tak ada panggung wayang. Sekian, terima kasih.
Mxpx ft. Mark Hoppus - Wrecking Hotel Rooms

No comments: