Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Monday, February 28, 2005

 

Artikel hari ini

Apa perlu filem Melayu?
Oleh Ku Seman Ku Hussein

Menarik artikel ni. Saya berminat nak quote beberapa keratan menarik.

"Untuk menjadi popular dan mengaut sedikit untung, karyawan filem Melayu terpaksa melakukan pengorbanan yang paling besar; menghina intelek penonton dan menjaja sampah sarap.

Apakah menghina intelek penonton secara tidak rasmi menjadi formula filem Melayu? Lalu berkatalah di sana sini filem bermutu tidak laku, yang laku hanya filem buruk, bebal dan dangkal. Buktinya banyak karyawan tidak pernah berusaha untuk menjadikan karya mereka baik. Mereka lebih menjaja kutipan daripada bercakap mengenai filem dalam konteksnya sebagai sebuah karya.

Kalau menghina intelek penonton menjadi syarat, tentu lebih baik kita menonton filem asing yang lebih menghargai penonton. Tujuan menonton filem Melayu atau filem tempatan adalah untuk menikmati budaya dan nilai masyarakat setempat di sekeliling kita. Kalau benda-benda ini tidak ada tidak perlulah kita menonton filem Melayu.

Akhirnya kita terpaksa mengakui orang seperti U-Wei, Adman, Suhaimi Baba dan terbaru sekali Yasmin Ahmad cuba untuk popular tanpa menghina intelek penonton. Mereka percaya filem yang buruk dan bebal tidak semestinya berjaya. Filem yang baik setidak-tidak ada juga maruahnya."


Klik link di atas untuk baca keseluruhan artikel.

Siapa makan cili dialah rasa pedas. Tapi mungkin juga ada yang makan cili tapi berlagak dia hero makan pedas. Ada juga yang pura-pura tak rasa pedas. Ada juga yang tak makan cili tapi terasa jugak pedas sikit-sikit. Ada jugak yang... Hohoho

Jumaat malam yang lepas kitorang berlapan belas orang pergi TGV KLCC nonton 'Sepet'! Sangat Best. Sepet ni salah satu movie Malaysia yang saya berminat nak tulis review selepas PGL dulu, tapi bukan sekaranglah kot. Tak ada masa.

Sunday, February 20, 2005

 

Tun Ghafar Baba dan perjuangan

"Salahkah saya dari keturunan miskin,anak orang miskin, anak penarik kereta lembu ini tegak di tengah - tengah bangsa saya bagi membela dan menghapuskan kemiskinan? Salahkah saya berkerja bermati-matian sepenuh hati dan tenaga dalam memperjuangkan bangsa yang ketinggalan pada serba-serbi di tanah airnya sendiri?"
Ghafar Baba, Utusan Melayu 11 April 1969.


Butterfingers - Royal Jelly

Saturday, February 19, 2005

 

Butter yang layannnn

Aku pun tak tau apsal tiba-tiba aku jadi layan gile dengar balik lagu-lagu lama Butterfingers. Dulu setakat dengar-dengar gitu je. tapi kali ni tiba-tiba cam best semacam. Lagu-lagu seperti Royal Jelly, Vio Pipe, Faculties of Mind, Epitome, Chrome, Chemistry, Wet Blanket, Apple Tree dll. Terasa sungguh 'layannn'. Rasanya sejak album baru diorang dah kuar kot. Terasa cam agak ketinggalan kejap baru nak layan lagu-lagu lama diorang ni. Ah, ape kisah janji layann.

Memandangkan blog pitas temporary dah tutup, maka aku pun tumpang menulislah kejap kat sini. huahah

 
Haloscan commenting and trackback have been added to this blog.

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009