Monday, February 28, 2005

Artikel hari ini

Apa perlu filem Melayu?
Oleh Ku Seman Ku Hussein

Menarik artikel ni. Saya berminat nak quote beberapa keratan menarik.

"Untuk menjadi popular dan mengaut sedikit untung, karyawan filem Melayu terpaksa melakukan pengorbanan yang paling besar; menghina intelek penonton dan menjaja sampah sarap.

Apakah menghina intelek penonton secara tidak rasmi menjadi formula filem Melayu? Lalu berkatalah di sana sini filem bermutu tidak laku, yang laku hanya filem buruk, bebal dan dangkal. Buktinya banyak karyawan tidak pernah berusaha untuk menjadikan karya mereka baik. Mereka lebih menjaja kutipan daripada bercakap mengenai filem dalam konteksnya sebagai sebuah karya.

Kalau menghina intelek penonton menjadi syarat, tentu lebih baik kita menonton filem asing yang lebih menghargai penonton. Tujuan menonton filem Melayu atau filem tempatan adalah untuk menikmati budaya dan nilai masyarakat setempat di sekeliling kita. Kalau benda-benda ini tidak ada tidak perlulah kita menonton filem Melayu.

Akhirnya kita terpaksa mengakui orang seperti U-Wei, Adman, Suhaimi Baba dan terbaru sekali Yasmin Ahmad cuba untuk popular tanpa menghina intelek penonton. Mereka percaya filem yang buruk dan bebal tidak semestinya berjaya. Filem yang baik setidak-tidak ada juga maruahnya."


Klik link di atas untuk baca keseluruhan artikel.

Siapa makan cili dialah rasa pedas. Tapi mungkin juga ada yang makan cili tapi berlagak dia hero makan pedas. Ada juga yang pura-pura tak rasa pedas. Ada juga yang tak makan cili tapi terasa jugak pedas sikit-sikit. Ada jugak yang... Hohoho

Jumaat malam yang lepas kitorang berlapan belas orang pergi TGV KLCC nonton 'Sepet'! Sangat Best. Sepet ni salah satu movie Malaysia yang saya berminat nak tulis review selepas PGL dulu, tapi bukan sekaranglah kot. Tak ada masa.

No comments: