Monday, November 28, 2005

open houses & random writings


farhan's


sshahnon's


ina's

Cuba teka apa persamaan antara semua gambar di atas? :p

- Takde masa lagi nak update fotopages. Nantilah ye..

- Zathura plak malam ni. wuhoo!

- Terasa nak tulis review buku 'Inside The Kingdom' oleh Carmen Bin Ladin yang aku baru habis baca, tapi atas faktor yang sama seperti di atas, tak berkesempatan lagi.

- Explosions in the Sky masih lagi bermain di winampku sejak semalam. Kalau aku terasa nak 'bunuh masa' selama 8 minit, 10 minit atau 9 minit memang aku akan layan band ni sampai habis. Lagu diorang spt. Your Hand in Mind, First Breath After Coma dan The Only Moment We Were Alone memang layan habis walaupun ketiga-tiga lagu ni tak ada lirik dan dah berjuta-juta kali dengar. heheh

Sunday, November 20, 2005

Harry potpot and whatnot..

Okay, here's a short post on Harry Potter.
Harry Potter; Gelas Berapi was brilliant! I think it is one of the best that i've watched in 2005, if probably not the best. Without doubt Goblet of Fire is definitely much better than the third one, right ppl?
I think i would enjoy it even more if i had read the book earlier (but as a matter of fact i never intend to read Harry Potter books :p), but nevertheless I enjoyed myself through out the whole movie and I'm sO looking forward to watch the next sequel! or was it just about Hermione?
..Well, partly yes. hehe
Fantasy and epic movies are among my favorite movie genres, but i don't read fantasy novels; save for Shannara (Sword of Shannara), the one and only fantasy book that i have. That is why i'm so eagerly waiting for Shannara to be aired on the big screen! Though I don't know whether there is such plan for it or not. hahah. I do hope there is.
Next on the list; Zathura, Chronicles of Narnia! Memoirs of Geisha! ohoi banyaknyaa movie nak tengok. camane nih..
Okok, I'm in a hurry right now. nak pi ofis. daaa
Rufus Wainwright - The One You Love
(Ah, beautiful song by Rufus Wainwright. many thanks to izyan :p)

Thursday, November 17, 2005

Sufjan Stevens & Harry Potter

Getting bored of the same old song on your playlist? If youre looking for a new song/album to download, try Sufjan Stevens (pronounced SOOF-yan).

Sufjan Stevens; Illinois
pic source: slantmagazine.com
Since I'm no good at writing music reviews, you can read one here. Chicago, Casimir Pulaski Day and Come On! Feel The Illinoise! are my current favorite tracks.
"..That he plays most of the instruments—including acoustic guitar, piano, alto sax, electric bass, drums, banjo, Wurlitzer, flute, accordion, glockenspiel, and at least 20 more—and still writes songs that often surprise for their minimalism is just stupid good. Sufjan Stevens gets everything right. And, ultimately, that's how Illinois surpasses expectations. From its framing gimmick and its anti-folk folk songwriting to its he-has-to-be-kidding song titles and its show-offy instrumentation, Illinois should reduce to a simple stunt performance." -- SlantMagazine.com

---------------------------------------------------------------------------------

Yeay, can't wait to catch Harry Potter tonight!

Later folks.

Tuesday, November 15, 2005

Alkisah Sultan Melaka alaf baru

Pukul 4 pagi tadi aku online kejap. Check Utusan Online. Dalam sunyi sepi tiba-tiba aku tergelak sorang-sorang depan komputer. Kalau jiran sebelah terdengar mesti ingat gila ke apa gelak sorang-sorang pagi-pagi buta camni. Tapi aku rasa dia ni yang lagi gila;

"Kuala Lumpur 14 Nov ...seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesultanan Melayu Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, dekat sini, malam tadi.

..Melalui istiadat itu, Raja Noor Jan Shah mendakwa beliau sebagai Sultan Melaka yang ke-44 dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah.

Raja Noor Jan mendakwa, beliau adalah keturunan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah (1488-1511).." --Utusan Online

Kenapa dia tak ditabalkan di Melaka? Buat kat Taman Melati pulak. hehe. Aku yang merupakan seorang peminat sejarah Melayu apabila terbacakan headline berita ni pagi tadi terbeliak bijik mata terkejut bercampur perasaan lucu yang membuak-buak. Teringat aku pada 1950-an dulu apabila ada sebilangan kecil waris-waris Kesultanan Johor (empayar Johor-Riau zaman pra perjanjian Inggeris-Belanda 1824) di Singapura ingin mengembalikan pemerintahan monarki beraja dengan mewujudkan Sultan Singapura. Sememangnya tak ke mana.

Musykil juga aku. Apa sebenarnya tujuan 'Sultan Melaka' ni. Kalau zaman dulu di mana raja berkuasa mutlak, logiklah jugak kalau dia nak dakwa jadi raja. Lepas ni media tempatan tak perlulah lagi heboh-hebohkan isu ini. Lebih baik diam saja dan biarlah 'Sultan Melaka' yang baru ini bertakhta dan bersemayam di alam fantasi.

Monday, November 14, 2005

Raihan

Melodic Islamic Songs Fill Air in London

"LONDON, November 12, 2005 (IslamOnline.net) – Up to 3,000 people of different backgrounds and faiths gathered Saturday, November 12, for an amazing evening of Islamic entertainment in London.

Trickling into the auditorium of the Wembley Conference Center to attend the second annual Nasheed (Islamic songs) festival, the mesmerized guests clapped and cheered to the beats of Aa’-shiq Al-Rasul, American 786 and Malaysian Raihan..

..Selling over three-million copies internationally thus far, Raihan was definitely a sensation among the crowd.." -- IslamOnline.net

Walaupun aku jarang mengikuti perkembangan nasyid tempatan mahupun mendengar lagu-lagu nasyid, tapi bila terbaca artikel ni aku rasa bangga dengan Raihan. Aku hairan dengan media tempatan sebab rasanya hampir tak ada publisiti langsung tentang penglibatan program Raihan di luar negara. Kalau ada pun sikit sangat, atau mungkin sebab aku tak baca URTV, Media Hiburan dll :p.
Tak keterlaluan kalau nak cakap, Raihan adalah artis Malaysia yang paling hebat di arena antarabangsa. Dah merata tempat mereka mengadakan persembahan. Canada, UK, Russia, Hong Kong, Indonesia dll (tak sempat nak research negara mana lagi yang mereka telah jejak).
Respek.
Mest - Dying For You

Fotopages update~

Danau Toba
Danau Toba
Padang-Bukittinggi-Medan-Danau Toba. Gambar lama, baru sekarang update penuh (74 pics) . >> Click!

KL Convention Centre
king, nik & me

di UK Post-graduate Fair, KL Convention Centre semalam >> Click!

Elefant - Love

Sunday, November 13, 2005

Frustrasi nasi basi

Tension gila sial semalam terdelete SEMUA gambar dalam kamera masa tengah transfer ke pc. Kalau orang lain mungkin tak kisah sangat. Lagipun cuma gambar kat open house raya rumah ima & Mon. Untuk aku gambar-gambar ni semua ibarat khazanah negara (hehe). Memang boleh jadi gila aku ni. Haih. Dalam lebih tiga tahun berkecimpung dalam dunia kamera digital, ni la pertama kali jadi macam ni. Moga menjadi pengajaran kepada diri sendiri lepas ni.
Tapi aku masih bersyukur, gambar-gambar yang hilang bukannya gambar-gambar di Manchu Picchu:Lost City of Incas, Taj Mahal, Venice, Candi Borobudur, Niagara Falls ataupun di Columbus, Ohio.
---------------------------------------------------------------------------------
Tak sabar dah rasa nak pegi print semua gambar-gambar digital kat Times Square 35sen. Murah gila. Nasib baik dekat dengan office. Dah menjadi rutin tahunan untuk aku print semua gambar digital pada hujung tahun. :)
Nasib baik ada Sigur Ros yang menemani ruang halwa telinga aku tengahari ni dengan lagu-lagu seperti Glossoli, Gong, Se Lest, Hoppipolla dll..sedikit sebanyak terubat rasa kecewa. heheh.

Wednesday, November 09, 2005

Internet Political Quiz

"The political description that fits you best is... CENTRIST"

image source: http://theadvocates.org

"CENTRISTS espouse a "middle ground" regarding government control of the economy and personal behavior. Depending on the issue, they sometimes favor government intervention and sometimes support individual freedom of choice. Centrists pride themselves on keeping an open mind, tend to oppose "political extremes," and emphasize what they describe as "practical" solutions to problems."

Tuesday, November 08, 2005

Raya raye

Raya Pertama (3.11.2005)
Lorong Maktab, Simpang Kuala, Alor Setar
..dua orang budak mencari duit raya; Simpang Kuala, Alor Setar.

Raya Kedua (4.11.2005)
rumah yan di Perlis
..yan,zukhairi (kawan adi),me,adi [beraya rumah yan di Perlis]

Raya Ketiga (5.11.2005)
Rayaaa
..Gathering Raya & majlis tahlil PKHS di Simpang Kuala,AS.
Raya Keempat (6.11.2005)
siti noraleeya
..aleeya, riang gembira ingin pulang ke kota

Gambar raya selanjutnya >> click (kalau takde gambar baru, maknanya tak update lagi la ye.hehe)

James Blunt - You're Beautiful

Monday, November 07, 2005

Baru balik~

siti noraleeya
"Selamat Hari Raya!" -aleeya

noraleeya,
berbaju kebaya,
di pagi raya;
comel kan dia?

oh tiba-tiba teringat ayat famous lyana dulu;
"jangan marah, kebaya merah," hehe

Okok, sebelum blog ni merepek lagi,tunggulah esok, lusa, aku update lagi cerita & gambar Raya. Chao.