Pukul 4 pagi tadi aku online kejap. Check Utusan Online. Dalam sunyi sepi tiba-tiba aku tergelak sorang-sorang depan komputer. Kalau jiran sebelah terdengar mesti ingat gila ke apa gelak sorang-sorang pagi-pagi buta camni. Tapi aku rasa dia ni yang lagi gila;
"Kuala Lumpur 14 Nov ...seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesultanan Melayu Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, dekat sini, malam tadi.
..Melalui istiadat itu, Raja Noor Jan Shah mendakwa beliau sebagai Sultan Melaka yang ke-44 dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah.
Raja Noor Jan mendakwa, beliau adalah keturunan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah (1488-1511).." --Utusan Online
Kenapa dia tak ditabalkan di Melaka? Buat kat Taman Melati pulak. hehe. Aku yang merupakan seorang peminat sejarah Melayu apabila terbacakan headline berita ni pagi tadi terbeliak bijik mata terkejut bercampur perasaan lucu yang membuak-buak. Teringat aku pada 1950-an dulu apabila ada sebilangan kecil waris-waris Kesultanan Johor (empayar Johor-Riau zaman pra perjanjian Inggeris-Belanda 1824) di Singapura ingin mengembalikan pemerintahan monarki beraja dengan mewujudkan Sultan Singapura. Sememangnya tak ke mana.
Musykil juga aku. Apa sebenarnya tujuan 'Sultan Melaka' ni. Kalau zaman dulu di mana raja berkuasa mutlak, logiklah jugak kalau dia nak dakwa jadi raja. Lepas ni media tempatan tak perlulah lagi heboh-hebohkan isu ini. Lebih baik diam saja dan biarlah 'Sultan Melaka' yang baru ini bertakhta dan bersemayam di alam fantasi.
No comments:
Post a Comment