Tuesday, June 21, 2005

Bacalah..

Kebelakangan ni saya banyak baca buku/surf internet (Wikipedia) tentang isu Timur Tengah, kerajaan-kerajaan monarki Arab (terutama sekali kerajaan monarki Jordan keturunan bani Hashim) dan isu Palestin-Israel yang dah berlarutan lebih 50 tahun lamanya. (Sejak negara haram Israel ditubuhkan pada 1948). Beberapa bulan lepas mak saya ada menghadiahkan beberapa buah buku second hand; 'Arab and Jews', 'The War We Could Not Stop:The Real Story of the battle in Iraq' dan 'Why Do People hate America', tapi satu pun tak terbaca lagi. Ha hah.
Membacakan tentang keluarga diraja Jordan dari keturunan Bani Hashim, iaitu dari keturunan baginda Rasulullah melalui Hussein bin Ali, mengingatkan saya kepada sebuah buku S.H. Al-Attas, 'Mahathir Di Ambang Senja (1999)'. Di mukasurat 11 terpampang wajah Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik (tahun 1999) Pak Lah, S.H. Al-Attas mengaitkan nama tiga Abdullah di sini. Raja Abdullah Jordan, Al-Malik Abdullah, Putera Mahkota Arab Saudi dan Abdullah Ahmad Badawi.
S.H. Al-Attas menulis;

Inilah dia bakal pengganti Mahathir Mohamad sebagai PM Malaysia yang kelima, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tahun ini (1999) tahun 'ABDULLAH'. Siapa sangka Putera Abdullah di Jordan boleh menggantikan almarhum Raja Hussein sedangkan berpuluh tahun Putera Mahkota Hassan menanti sebagai pengganti.

Hadis riwayat Ahlul Bait yang marhumnya: "Bahawa di Hejaz ada seorang Raja yang bernama Binatang akan digantikan oleh seorang putra mahkota yang bernama ABDULLAH, yang lebih baik dan adil."

Seperti mana Raja Fahd akan digantikan oleh putera mahkotanya, Al-Malik Abdullah dan Mahathir Mohamad akan digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Insya Allah, kehendak Allah SWT dan Rasul serta doa para wali Allah siapa pun tak boleh menghalangnya.

Saya tak pasti sejauh mana kesahihan hadis ini, tapi saya pasti S.H. Al-Attas ada melakukan research beliau sendiri sebelum menulis perenggan tersebut. Tentang mungkin ramai menganggap ianya kebetulan semata, tapi bagi saya kebetulan ini satu situasi yang menarik. Ada satu persamaan yang menarik tentang peralihan kuasa antara negara Jordan dan Malaysia. Kalau dilihat di Jordan, Putera Hassan (adik Raja Hussein) telah lama menduduki kerusi Putera Mahkota dari tahun 1965-1999, tapi sebaik saja sebelum Raja Hussein mangkat (tahun 1999) beliau menukar keputusan dengan melantik anak sulung beliau, Putera Abdullah sebagai pengganti. Keputusan ini mengejutkan banyak pihak.
Bandingkan hal yang lebih kurang sama di Malaysia. Anwar Ibrahim dibawa masuk oleh Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1982. Beliau dengan pantas menduduki jawatan-jawatan tertinggi parti dan kabinet kerajaan, bermula dengan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Kabinet. Tahun 1993, Anwar memenangi jawatan Timbalan Perdana Menteri tanpa bertanding apabila Tun Ghafar Baba menarik diri di saat akhir. Pada pertengahan tahun 90-an hingga di saat Dato Seri Anwar memikul amanah sebagai pemangku Perdana Menteri (1997), semua orang menganggap bahawa ini dia bakal pengganti Mahathir. Sampaikan Mahathir pun telah membuat pengumuman di media dengan mengatakan bahawa, Anwar adalah pengganti beliau.
Tetapi tidak sampai setahun kemudiannya, Anwar dipecat dari UMNO dan kerajaan atas tuduhan-tuduhan yang memalukan. Saya tak ingin cerita panjang isu Anwar atau siapa yang benar, Mahathir atau Anwar. Cukup untuk saya simpulkan di sini bahawa, Anwar telah lama dilatih oleh Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi di saat-saat akhir, kita boleh kata God had other plans for Malaysia dan tahun berikutnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Tak kisahlah kalau budak-budak reformasi dan orang Anwar nak kata ini semua Konspirasi Mahathir menjatuhkan Anwar. Itu cerita lain.
Bezanya hal di Jordan tadi tak ada rusuhan. Tak ada Reformasi nasi basi.
Saya kini dalam proses menghabiskan buku memoir best seller 'Queen Noor- A Leap of Faith; Memoirs of an Unexpected Life', tulisan bekas Permaisuri Jordan, Queen Noor. Tadi saya sempat order online buku 'From Beirut to Jerusalem' karangan Dr. Ang Swee Chai. Antara faktor penyebab saya beli sebab harganya cuma RM20 setebal 327 mukasurat. Mula-mula tak kenal sape Dr. Ang ni. Tapi saya tertarik untuk meng-google tentang diri Dr. Ang. sebab saya tak pernah terbaca ada pengarang Cina menulis tentang isu Palestin-Israel. Mungkin ada tapi saya tak jumpa lagi kot.
Sedikit pengenalan tentang beliau. Beliau merupakan seorang saksi kekejaman rejim Israel sewaktu pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di kem Sabra-Shatila. Baca Wikipedia untuk maklumat lebih lanjut tentang 'Sabra And Shatila Massacre'. Menurut beliau;
"The slaughter of unarmed children, women, the aged and the infirm was shocking. For me, I was doubly outraged that I had to discover the truth about a brave and generous people only through their deaths. Until then, I never knew Palestinian refugees existed. As a fundamentalist Christian, I had been a supporter of Israel, hated Arabs and saw the Palestinian Liberation Organisation as terrorists to be loathed and feared."
Dr Ang Swee Chai grew up supporting Israel. Arabs, she was told, were terrorists. But in 1982, on the television she saw the relentless bombing of Beirut by Israeli planes. Shocked, her view of Israel began to change. It was then that she heard of an international appeal for an orthopaedic surgeon to treat war victims in Beirut. The petit woman - she was just under 1.5 meters - resigned her job in London, bade her husband farewell and set out on a journey to civil war Beirut, there she was to eye-witness the Sabra-Shatila massacres.

Sedikit maklumat ringkas Sabra-Shatila Massacre;

Sabra-Shatila Massacre: In September 1982, just a few weeks after the Palestinian men had surrendered their weapons under an internationally brokered peace deal, and were deported from Beirut leaving their families under the protection of an international peace keeping force, the Israeli army invaded Beirut, violating the peace treaty, and some 3000 defenceless Palestinian women and children were rounded up in the refugee camps of Sabra and Shatila and systematically murdered in cold blood. read more..

Seminggu lagi..

No comments: