Saturday, April 30, 2005

It's a girl!

Tahniah kepada kakpah@tipah, Sh. Hafizah, classmate kitorang yang telah selamat melahirkan bayi perempuan (Sharifah x) di pagi Jumaat yang mulia (29 April 2005). Aisey, gambar mak & bapak baby takde la plak. hehehe :D

Scenes at Damansara Specialist Hospital, Taman Tun.

Sorang-sorang test dukung baby. hahah :p


lyana pulak.


iena
Fotopages updated! but without uploading a single photo.hehe. Thanks yan sebab tolong uploadkan kat fotopage dia. :p

Results final sem dah keluar. Syukur alhamdulillah. Maka, dengan ini secara rasmi aku menjadi graduan menganggur. Ada satu janji yang harus ditunaikan sementara tengah 'cuti' ni. :)

Hari Ini (semalam) Dalam Sejarah..

Bosan, lalu membelek-belek blog archives.. Gilalah, gambar kitorang masuk KLUE tu. Hahaha. sorry eh, bangga diri kejap. Sekali pandang gambar tu macam rock band underground pulak. :p

Selamat Hari Ahad.

The Format - I'm Ready, I Am

Tuesday, April 26, 2005

Gua Senyum Caving Expedition


'base camp', Gunung Senyum


salah satu daripada 18 gua di Gunung Senyum


dalam gua

Fuh, walaupun masih tak sihat, dengan batuk-batuk tak sudah, tapi masih sempat menghabiskan weekend dengan bersuka ria di Gunung Senyum, Jengka, Pahang. Nak upload gambar ke fotopages, tapi gambar-gambar Cameron Highlands pun tak terupload. Haih. camane ni? Hahah.

Jom kita ke Pesta Buku Antarabangsa di PTWC! 23 April - 2 Mei 2005. Terima kasih kepada JiwaRasa kerana memberitahu. :)

Thursday, April 21, 2005

Cameron Highlands, tari silat & Gua Senyum


Equatorial Resort, Brinchang. (suka awan itu!)


Cactus Valley, Brinchang.


ladang teh yang best! (i love this pic!)
[dana,shahnon,stan,yan,zam,ira,imah,kakmi,zul]

Banyaknya nak tulis. Banyaknya gambar nak upload! heheh.Ok. mari ringkaskan semuanya. Ni trip aku ke Cameron Highlands untuk kali yang ketiga dan tanpa ragu-ragu, yang nilaah paling best! Kitorang pergi 4 kereta. 17 orang! 2 bilik apartment. 7 laki & 10 perempuan. (Shahnon,Stan,Zam,Yan,Ayda, Imah,Ira,Kakmi,Zira, Zul,Aya,As,Adi, Meor,Iena,Lyana,dana). Tentang penginapan memang dah save gile! Duduk apartmen yang best (Equatorial, Brinchang)! FREE pulak tu! Ni baru trip 2 hari tapi amik gambar sampai 300 keping lebih! Gila betol. hahah.

Tak sabar nak pegi kedai gambar print semua gambar sem ni! Sape2 yang kenal aku akan fahamlah sebab apa. Aku tak puas kalau setakat tengok gambar kat komputer je. Mesti nak kena print 4R dan masuk dalam album foto! :p

Terima kasih banyak kepada kakmi yang ada contact untuk membolehkan kami semua duduk free. Terima kasih juga kepada imah yang telah menjadi tour guide & 'ibu' yang berjaya! Terima kasih semua.


pertama kali "melihat" persembahan silat depan pengantin atas red carpet :p
[liana (sepupu) & syam]


Tengahari tadi pegi kenduri kahwin sepupu kat Dewan Komuniti TTDI. Aku perform silat depan pengantin. Masuk ni dah dua kali menari silat depan pengantin. Tapi kali ni grand skit la. Dulu buat atas jalan tar je kali ni ada red carpet & air-cond lagi. hehehe.

Esok malam pulak aku dan geng Outdoor Activities & Recreational Club (OARS) bertolak ke Gua Senyum:), Pahang sampai hari Ahad. Moga-moga selamat perjalanan pergi dan balik. InsyaAllah.

My Fotopages


Greenday - Holiday

Monday, April 18, 2005

Cameron Highlands here i come!~


SMK Subang Jaya under 18 football team vs SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands (1999) [friendly match]

Gambar ni masa last trip aku ke Cameron Highlands, form 4 dulu. Kecewa dulu tak dapat main sebab injured. Baru lepas skin grafting operation (kaki) kat SJMC. Maka hanya menjadi photographer saje. Suka gile tengok gambar ni. Macam kat Moscow,Russia plak. hehe :P

Esok pagi (Selasa) ni bertolak ke Cameron Highlands dengan geng mmu! Yay, seronoknya. Moga-moga cuaca baik sepanjang perjalanan. InsyaAllah.

New Found Glory - Sonny

Friday, April 15, 2005

Berita Hari Ini..

Utusan: 11 gunung berapi diramal meletup
Daripada Zulkefli Hamzah


JAKARTA 14 April - Sebanyak sebelas gunung berapi di negara ini yang diletakkan dalam status berjaga-jaga berikutan aktivitinya semakin aktif dan diramal menimbulkan letupan yang besar dan dahsyat.

Kesemuanya ialah Gunung Talang, Padang; Gunung Marapi, Bukit Tinggi; Anak Gunung Krakatau, Banten; Tangkuban Perahu, Bandung; Semeru, Jawa Timur; Egon, Flores; Lukon, Dukono, Kiebesi, Soputan dan Ibu di Sulawesi Utara.


Isk, menakutkannya. Lepas satu satu bencana menimpa negara jiran Indonesia. Lepas satu satu petanda akhir zaman muncul..

Daripada sebelas gunung berapi yang tersenarai tu, aku sempat lawat Gunung Tangkuban Parahu, Bandung bulan September tahun lepas. :p

blog archive: KL-Bandung-Jakarta-Bogor-Bandung-KL (blogdate: Sept 10,14 & 15 2004)
fotopage archive: Holiday In Indonesia

Saturday, April 09, 2005

Samsung-Siti Nurhaliz@ live in concert, PWTC


Samsung-Siti Nurhaliza live in concert, PWTC

Bestnya konsert Siti semalam! Dapat tengok free lagi tu. Bangga sekejap jadi 'pelanggan Samsung' :p

Thursday, April 07, 2005

Tinggal lagi dua exam paper..

eee geramnye dengan campus network yang bengong sejak seminggu dua ni. Nak update blog pun jadi lemah semangat..

Monday, April 04, 2005

Jason Wade dan rakan-rakan muncul kembali!

..After all this time
I never thought we'd be here
Never thought we'd be here
When my love for you was blind
But I couldn't make you see it
Couldn't make you see it
That I loved you more than you'll ever know
A part of me died when I let you go..
Lifehouse - Blind

Saturday, April 02, 2005