Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Sunday, April 29, 2007

 

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007

..I Am Muslim - Dina Zaman & Singapura: Basis Israel Asia Tenggara oleh Rizki Ridyasmara

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC telah menjadi acara tahunan yang wajib sejak lebih kurang 5 tahun yang lepas bagi saya. Sebenarnya pagi tadi agak keberatan nak pergi sebab melihatkan masih banyak buku-buku di rak buku yang masih belum disentuh (!) Minggu lepas pulak saya baru saja beli buku 'Tamerlene - Sword of Islam, Conquerer of the World' oleh Justin Marozzi di MPH. Buku pemberian bos saya, '7 Habits of Highly Effective People', juga masih belum dibaca.
Seperti biasa, saya hanya pergi sendirian ke PWTC. Senang. Hampir 4 jam 'lepak' kat sana. Berkali-kali saya ingatkan kepada diri sendiri, 'beli buku yang betul-betul rasa nak beli!' Akhirnya saya berpuas hati dengan dua buah buku (gambar atas) iaitu buku terbaru kolumnis Malaysiakini, Dina Zaman - 'I Am Muslim' dan satu lagi buku terbitan Khalifa, Jakarta iaitu 'Singapura: Basis Israel Asia Tenggara' oleh Rizki Ridyasmara.
Terkejut seketika apabila melihat buku tersebut di rak buku di salah sebuah gerai buku di PWTC tadi. Tak sangka buku tersebut ada dijual di Malaysia. Pertama kali saya mendapat tahu tentang buku 'Singapura: Basis Israel Asia Tenggara' ialah daripada weblog YB Husam Musa beberapa bulan lepas.
Petikan daripada mukasurat belakang buku tersebut;

"Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6,000 penasehat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis, angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ..." - Lee Kuan Yew, From Third World to First.

"Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." - Menteri Pertahanan Singapura, 1965.
Artikel berkaitan

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009