Thursday, March 31, 2005

Putralala



[L-R:wan,zam,chenard,stan,shahnon. click to enlarge]

Gilalah sejak dah selesai FYP ni memanjang asyik bergambar tak sudah-sudah. Masing-masing dah jadi gila posing. Kamera tak sampai lagi, semua dah siap posing. Huahahah. Hanya rakan-rakan delta FCM yang dapat memahami jiwa dan naluri kami. Photoshop dan Fotopages tiba-tiba menjadi rakan/alat karib kami. hehe :D

The Libertines - Can't Stand Me Now

Tuesday, March 29, 2005

01-Melayu

Antara sebilangan kecil golongan kerabat diraja/pewaris takhta raja yang saya kagum dan hormat tinggi ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Saya tertarik dengan titah baginda sewaktu memberikan ucapan di Kongres Pendidikan Melayu Kedua Ahad lepas.

Nilai Melayu Secara Adil: Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Sebarang kelemahan yang dimiliki orang Melayu tidak harus dirumuskan sebagai identiti nasional atau sifat monopoli bangsa Melayu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

“Apabila kekurangan begitu cepat ditafsirkan sebagai kelemahan, maka padi mula dikatakan lalang, beras pula disangka pasir,” titah baginda dalam ucaptama ‘Bangsa Melayu: Mencanai Minda - Membentuk Sikap’ di Kongres Pendidikan Melayu Kedua di sini semalam.

Raja Dr. Nazrin Shah


Berita berkaitan:
Bernama: Raja Nazrin Tells Malays Not To Belittle Own Race

Breaking News!

Tadi dapat sms dari sorang kawan, dia beritahu yang kawan dia kat Shah Alam terasa gempa bumi. Dua tiga kali aku baca sms tu macam tak percaya bercampur pelik. Terus aku check cnn.com & BBC News. Memang betul gempa bumi berukuran 8.2 Skala Richter terjadi di kawasan yang hampir sama dengan kejadian gempa bumi & tsunami 26 Disember tahun lepas. Moga-moga semua selamat dan takkan muncul bencana Tsunami kedua. Amin.

The earthquake, with a magnitude of 8.2, "has the potential to generate a widely
destructive tsunami in the ocean or seas near the earthquake," the National
Oceanic and Atmospheric Administration warned. It advised "immediate action"
including "evacuation of coasts within a thousand kilometers (600 miles) of the
epicenter and close monitoring to determine the need for evacuation further
away." The US Pacific Tsunami Warning Center said the quake could cause a
"widely destructive tsunami" and it was felt as far away as Malaysia.

The quake was felt across the region with people in the Malaysian capital, Kuala Lumpur, some 500km away, evacuating high-rise buildings and running out into the
streets.

Saturday, March 26, 2005

Robots yang best!


[wan,stan,shahnon,zam]

Update blog semata-mata nak bagitau fotopage telah diupdate.

Oh tadi pergi nonton Robots di Sunway Pyramid bersama 15 orang teman sangatlah best! :D

Mew - 156

Friday, March 25, 2005

Pics Pics Aaaand MoOoOre pics!


Fotopages updated!
Banyaknya cerita nak tulis. Banyaknya gambar nak diupload. Hanya ini yang dapat ditulis buat masa ni. Hahah. So, later la yah. :P

Friday, March 18, 2005

Lalalla..

Siang

Anjung,Parcel E, Putrajaya

Malam

shahnon,razie.Mamak Putrajaya, Precint 9


stan,zam.

>Fotopages updated! :)

Monday, March 14, 2005

Carta Ulang Berjuta Kali

I saved myself
For someone
Somewhere's sweet caress
Something goes wrong
And all I sought was happiness

Mew - She Spider


Berikut ialah top ten lagu-lagu yang telah dimainkan berulang-ulang tanpa henti lebih daripada sehari untuk sem ni(Januari-sekarang). Hahah.

1. OAG - PerMYsuri
2. Mew - She Spider
3. The Unicorns - Jellybones
4. Peter Pan - Bintang Di Surga
5. Damien Rice - Amie
6. Butterfingers - Royal Jelly
7. Peter Pan - Mimpi Yang Sempurna
8. The Music - Guide
9. Hot Hot Heat - Goodnight Goodnight
10.The Appleseed Cast - A Dream For Us

[note: aku ni kalau dah suka satu lagu tu memang akan pasang satu lagu tu je kat winamp sampailaah terasa nak tukar lagu lain atau sampai dah hafal lirik atau dah bosan. heheh]

Di mana silapnya..

Matrikulasi: Melayu merosot -- Pelajar bukan bumiputera yang cuma 10% jauh lebih cemerlang

BALIK PULAU 13 Mac - Pelajar bukan bumiputera yang hanya mengisi kuota 10 peratus program matrikulasi mencatatkan keputusan peperiksaan lebih cemerlang berbanding pelajar Melayu yang mendominasi 90 peratus tempat dalam program tersebut.

Kira-kira 1,000 pelajar bukan bumiputera program itu berjaya meraih Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) penuh 4.0 baru-baru ini mengatasi 800 pelajar Melayu yang mencatat keputusan sama.


hmm..

Sunday, March 13, 2005

Lagi Isu Ambalat

Ramalan saya Rabu lepas tentang isu pertikaian blok Ambalat di Laut Sulawesi akan menjadi topik wawancara untuk Mingguan Malaysia hari Ahad(13 Mac 2005) kurang tepat sebaliknya wawancara isu ini disiarkan oleh Berita Minggu (13 Mac 2005).

Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah menjawab dengan panjang lebar tentang isu ini dalam temubual dengan Berita Minggu.

Saya tertarik dengan satu kenyataan beliau,

Inilah perkara yang perlu diselesaikan dan kita tak boleh berfikir, apa jadi kalau tak diselesaikan. Apabila kita berunding, pendekatan yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, We’ll cross the bridge when we come to it (kita akan melintasi jambatan apabila kita bertemu jambatan). Buat masa ini tak ada jambatan, hanya ada kawasan luas, jadi kita berbincang.


Satu lagi,

Saya melihat media di sana agak mendalam dari segi pembacaan berhubung apa yang berlaku sekarang ini, tetapi soalnya ada tempo memuncak atau pun mendaki.

Contohnya, mengapa laporan berita mereka membangkitkan semangat rakyat atau menerusi slogan ‘Ganyang Malaysia’. Apabila saya bercakap kepada media Indonesia kenapa begitu, mereka menjawab: “Pak Hamid, we need to sell.” Jawab saya: “Kalau you (media) nak jual sesuatu, perlu cari isu sesuai”.

Walaupun kebebasan media baik, tetapi mesti ada kebebasan yang bertanggungjawab. Sepatutnya media massa perlu memikirkan apa pilihan yang ada. Jika ada rundingan, apakah pilihan terbaik. Takkan kita harus berperang?

Nampaknya seolah-olah ada golongan yang tidak mahu isu ini diselesaikan, lalu membangkitkan cerita itu dan ini untuk menaikkan minat pembaca atau penonton. Kesannya adalah tidak bertanggungjawab..

Saturday, March 12, 2005

Sepet uncut version


Orked & Jason

Bestnya dah dapat tengok Sepet uncut version! Haha. Sape tak tengok lagi silalah beli vcd original! Yes. You heard me. vcd original ya. RM19.90.

Thank you thank you Adi! :D

Wednesday, March 09, 2005

Biadap!

Bendera Malaysia dibakar!

Sebelum dibakar, bendera itu diinjak-injak. Aksi ini sebagai bentuk protes atas klaim Malaysia terhadap blok Ambalat di Laut Sulawesi.


Bendera Malaysia dibakar oleh 10 orang mahasiswa yang tergabung dalam Front Aksi Mahasiswa Surabaya, Jawa Timur. Source pic (Detik.com)

Bendera Malaysia Diinjak-injak dan Dibakar di Surabaya
Reporter: Budi Sugiharto

detikcom - Surabaya, Bendera Malaysia dibakar lagi. Setelah di Makassar
dan Jakarta, bendera Malaysia juga dibakar oleh para demonstran di
Surabaya. Sebelum dibakar, bendera itu diinjak-injak terlebih dulu.

Aksi pembakaran bendera Malaysia ini digelar di halaman patung Gubernur
Suryo, Surabaya, Selasa (8/3/2005) sekitar pukul 14.45 WIB. Aksi ini
dilakukan sekitar 10 mahasiswa dari Front Aksi Mahasiswa Surabaya.

Dalam aksinya, seperti biasa mereka berorasi. Sebuah bendera Malaysia
mereka bawa dalam aksi itu. Di tengah-tengah aksi, bendera Malaysia itu
diinjak-injak beramai-ramai. Setelah itu bendera disulut api dan
terbakar. Lagu 'Maju Tak Gentar' mengiringi pembakaran bendera itu.

Aksi pembakaran bendera Malaysia ini sebagai bentuk protes mereka
terhadap klaim Malaysia terhadap blok Ambalat, yang diyakini sebagai
wilayah Indonesia. Terhadap kasus ini, demonstran meminta pemerintah
Indonesia untuk memutus hubungan diplomatik dengan negeri jiran itu.

"Tarik Dubes di Malaysia sekarang juga," kata koordinator lapangan
Ikhsan.

Sejumlah poster yang berisikan kecaman terhadap Malaysia juga mereka
bawa. Sebagian poster bertuliskan 'Putuskan Hubungan Diplomatik Sekarang
Juga' dan 'Kami Mendukung Tentara untuk Mempertahankan NKRI'.

Aksi ini dijaga oleh belasan personel polisi. Namun, saat pembakaran
bendera dilakukan, polisi tidak berupaya melakukan pencegahan.


Terbakar hati melihatkan gambar-gambar ni. Kenapa media Indonesia terlalu beria-ia membesar-besarkan isu ini malah sehingga ke peringkat memprovokasikan perang dengan Malaysia?? Walhal jalan penyelesaian diplomasi masih sedang berjalan di antara kedua-dua belah pihak.

Hebat media Indonedia memainkan isu ini dengan sebesar mungkin dengan menyemarakkan sentimen bencikan Malaysia dikala harga barangan dan minyak yang naik di negara itu.

Musykil juga saya dalam banyak-banyak akhbar mainstream tempatan, tak ada satu pun laporan yang memetik komen dari ahli-ahli politik (terutama dari pihak Pemuda UMNO)/pemimpin politik lain, selain PM, Pak Lah dan Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Saya menjangkakan wawancara Mingguan Malaysia Ahad ni adalah tentang isu bilateral Malaysia-Indonesia ini.

Tuesday, March 08, 2005

Apabila patriotisme diri tercabar..


Angry Indonesians demonstrate outside the Malaysian embassy in Jakarta. Source pic. (TempoInteraktif.com)

Hari ini patriotisme aku sangat tercabar.

Kita tidak mahu dan tidak inginkan berkonfrontasi/perang dengan negara jiran, Indonesia; jiran sebangsa, seagama. Amerika sememangnya suka kalau negara-negara Islam bertelagah!

Saya percaya kredibiliti kedua-dua pemimpin, SBY & Pak Lah dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi. Kita tidak mahu bumi Nusantara ini menjadi seperti negara-negara Arab di Timur Tengah yang tidak bersatu dan sentiasa berkelahi walaupun mereka semuanya sebangsa seagama.

Saya tak hairan sangat demonstrasi yang berlaku di Jakarta ni. Pengalaman saya semasa melawat Jakarta tahun lepas menunjukkan bahawa demonstrasi adalah lumrah dan sebati dalam hidup penduduk kota. Saban minggu ada saja demonstrasi yang menyesakkan lagi jalan raya yang sememangnya dah sesak. Orang ramai tak ambil kisah sangat pun.

[p/s: Teringat insiden gaduh/baling botol/baling kerusi penonton Malaysia & Indonesia semasa perlawanan bolasepak Piala Tiger Malaysia-Indonesia yang lalu.]

Artikel berkaitan
Ganyang Malaysia Digaungkan di Makassar
Anggota DPR: Kalau Perlu, Pemerintah Tembak Kapal Malaysia

Monday, March 07, 2005

The Unicorns


screenshot from their cool videoclip, "Jellybones". Download.

Wohh, I'm in love with this Canadian rock band! The Unicorns!
Muahah.

Sunday, March 06, 2005

Tun Dr. M on the previous US Presidential election

Berita ni agak dah basi tapi saya tertarik dengan kenyataan Tun Dr. M dalam temubual TheStar (download video) dengan beliau tahun lepas tentang isu pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan John Kerry.


"...American people who are.. by large are very ignorant,
they know nothing about the rest of the world, they think that America is the world.

And they are the people that who will decide on who will be the most powerful man in the world and these are ignorant people deciding on who the most powerful man is. "


Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Saturday, March 05, 2005

Suruh Israel Undurlah Dulu!

Hukum Syria jika gagal undur
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah menimbang kemungkinan untuk menghukum Syria jika negara itu gagal mengambil langkah konkrit berundur dari Lubnan, kata pegawai AS.

Presiden AS, George W Bush juga mengeluarkan amaran terbarunya mendesak Damsyik segera mengundurkan tenteranya daripada Lubnan.

Bush yang memberi tekanan global terhadap Syria untuk hari kedua berturut-turut berkata: “Mesej dari Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara lain terang dan jelas. Syria mesti mengundurkan tenteranya dan pasukan perisik di Lubnan sekarang juga.”


Hoi Bush bangsat! Suruh tentera Israel undur dulu dari bumi Palestin sebelum nak sibuk campur tangan hal-hal Timur Tengah lain!
Haih tak semena-mena jadi penuh emosi baca berita ni.

Artikel berkaitan;
'Ariel Sharon patut dipenjara'

Die Sharon Die!!!

Tuesday, March 01, 2005

Aziz M. Osman jawab tulisan Ku Seman

Tulisan berbentuk 'provokasi' Ku Seman tempoh hari telah mendapat jawapan. Sungguh pantas Aziz M. Osman jawab tulisan Ku Seman di Utusan tempoh hari.

Antara beberapa petikan jawapan Aziz;

"Sekiranya beliau berasa terhina dan merasa minda anda cuba dikorupkan, sila lakukan seperti saya. Pada beliau filem tersebut adalah sampah sarap, tetapi pada orang lain ia adalah sumber penglipurlara yang paling berkesan untuk melupakan serabut dan kekusutan hidup yang dilalui sepanjang hari.

Apa pandangan Ku Seman tentang penonton yang berduyun-duyun membeli tiket, penuhkan dewan panggung untuk menonton filem yang beliau anggap sampah? (Sila lihat semula lirik lagu di atas).

Saya menghormati Ku Seman sebagai penulis dan pengkritik filem senior. Tetapi kredibiliti beliau terjejas di kaca mata saya apabila ruangan pojok beliau lebih kepada provokasi murah dan langsung tidak bermotivasi.

Apakah menjadi satu dosa apabila filem-filem saya, Datuk Yusof dan Prof. Razak menjadi popular? Apa yang saya faham mengenai falsafah Ku Seman ialah beliau seorang yang percaya pada kebebasan luahan rasa (freedom of expression). Malangnya beliau tidak menghormati luahan rasa orang lain yang tidak difahami."


Klik link di atas untuk keseluruhan artikel.

Komen saya? I think I'll just keep it to myself. Walaupun banyak point Aziz yang saya tak setuju, saya masih respect abang Aziz sebenarnya. Saya masih anggap filem terakhir beliau yang saya tonton, 'Trauma', yang saya beli original adalah filem bermutu dan berkualiti (standard filem Melayu).

[p/s: Kalau ikutkan saya lebih mengharapkan jawapan balas Prof. Madya Razak Mohideen kepada tulisan Ku Seman ni. Boleh bergelak ketawa sama sambil baca.]

Panjaaaang umur...

Situasi: Shahnon sampai di pintu masuk kedai Kodak Streetmall.
Muka abang kedai Kodak (lupa nama) terkejut.

Abang Kodak: Eh Shahnon! Baru tak sampai 2 saat aku sebut nama kau. Serius ni! Baru 2 saat tadi! (sambil tunjuk kat jam tangan dia)
Shahnon: (tersengih-sengih, tak tahu nak cakap apa. Dalam hati: Panjaaanggg umur aku..)


Abang Kedai Kodak Streetmall ni dah lama kenal aku. Aku ni regular customer lah lebih kurang, sejak kedai ni mula-mula bukak lagi pada pertengahan tahun 2002. Masa dulu zaman sebelum pakai digicam selalu cuci filem kat sini. Lepas tu sejak guna digicam, dah lama tak singgah kedai ni, sampailahh digicam Sony Cybershot ni rosak. kohkohkoh. :P

Seronok pulak rasa bila tulis blog dan takde orang baca apa yang kita tulis. Kalau ade pun 2,3 orang je la kot. kohkoh.