Sunday, March 13, 2005

Lagi Isu Ambalat

Ramalan saya Rabu lepas tentang isu pertikaian blok Ambalat di Laut Sulawesi akan menjadi topik wawancara untuk Mingguan Malaysia hari Ahad(13 Mac 2005) kurang tepat sebaliknya wawancara isu ini disiarkan oleh Berita Minggu (13 Mac 2005).

Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah menjawab dengan panjang lebar tentang isu ini dalam temubual dengan Berita Minggu.

Saya tertarik dengan satu kenyataan beliau,

Inilah perkara yang perlu diselesaikan dan kita tak boleh berfikir, apa jadi kalau tak diselesaikan. Apabila kita berunding, pendekatan yang dibuat dalam Bahasa Inggeris, We’ll cross the bridge when we come to it (kita akan melintasi jambatan apabila kita bertemu jambatan). Buat masa ini tak ada jambatan, hanya ada kawasan luas, jadi kita berbincang.


Satu lagi,

Saya melihat media di sana agak mendalam dari segi pembacaan berhubung apa yang berlaku sekarang ini, tetapi soalnya ada tempo memuncak atau pun mendaki.

Contohnya, mengapa laporan berita mereka membangkitkan semangat rakyat atau menerusi slogan ‘Ganyang Malaysia’. Apabila saya bercakap kepada media Indonesia kenapa begitu, mereka menjawab: “Pak Hamid, we need to sell.” Jawab saya: “Kalau you (media) nak jual sesuatu, perlu cari isu sesuai”.

Walaupun kebebasan media baik, tetapi mesti ada kebebasan yang bertanggungjawab. Sepatutnya media massa perlu memikirkan apa pilihan yang ada. Jika ada rundingan, apakah pilihan terbaik. Takkan kita harus berperang?

Nampaknya seolah-olah ada golongan yang tidak mahu isu ini diselesaikan, lalu membangkitkan cerita itu dan ini untuk menaikkan minat pembaca atau penonton. Kesannya adalah tidak bertanggungjawab..

No comments: