Tuesday, March 08, 2005

Apabila patriotisme diri tercabar..


Angry Indonesians demonstrate outside the Malaysian embassy in Jakarta. Source pic. (TempoInteraktif.com)

Hari ini patriotisme aku sangat tercabar.

Kita tidak mahu dan tidak inginkan berkonfrontasi/perang dengan negara jiran, Indonesia; jiran sebangsa, seagama. Amerika sememangnya suka kalau negara-negara Islam bertelagah!

Saya percaya kredibiliti kedua-dua pemimpin, SBY & Pak Lah dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi. Kita tidak mahu bumi Nusantara ini menjadi seperti negara-negara Arab di Timur Tengah yang tidak bersatu dan sentiasa berkelahi walaupun mereka semuanya sebangsa seagama.

Saya tak hairan sangat demonstrasi yang berlaku di Jakarta ni. Pengalaman saya semasa melawat Jakarta tahun lepas menunjukkan bahawa demonstrasi adalah lumrah dan sebati dalam hidup penduduk kota. Saban minggu ada saja demonstrasi yang menyesakkan lagi jalan raya yang sememangnya dah sesak. Orang ramai tak ambil kisah sangat pun.

[p/s: Teringat insiden gaduh/baling botol/baling kerusi penonton Malaysia & Indonesia semasa perlawanan bolasepak Piala Tiger Malaysia-Indonesia yang lalu.]

Artikel berkaitan
Ganyang Malaysia Digaungkan di Makassar
Anggota DPR: Kalau Perlu, Pemerintah Tembak Kapal Malaysia

No comments: