Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Links | Contact

. books, movies, musics, social, politics, travel, photography, art, et cetera .

Tuesday, June 20, 2006

 

Lapu-Lapu, Magellan dan Panglima Awang

14-16 Jun 2006 - Manila, Filipina.


..Rizal Park, Manila


..the Statue of the Sentinel of Freedom, Manila

Antara petikan yang menarik perhatian saya pada plak gangsa di tugu peringatan di atas;

"Herewith we remember the fortitude of our noble countrymen-
with Rizal (Dr. Jose Rizal) in the forefront
And Lapu-Lapu as forerunner;
Two proud sons of the Malay race
Symbols of harmony in diversity and respect for each other's credo, strata and religion."

Sejarah bangsa Melayu menentang penjajah di Filipina subur diabadikan di monumen ini. Lapu-Lapu telah tercatat dalam sejarah Filipina sebagai wira negara pertama. Beliau adalah pemimpin Islam dari kepulauan Visaya (Filipina tengah) dan juga orang Asia pertama yang menentang penjajahan Barat (Sepanyol) pada awal kurun ke-16, apabila beliau beserta orang-orang Mactan membunuh Kapten Ferdinand Magellan dan beberapa orang rombongan pengembaraan beliau yang dalam pelayaran mengelilingi dunia.
Dalam rombongan pengembaraan Magellan ini terdapat seorang anak kapal berbangsa Melayu. Dialah Panglima Awang, seperti mana yang tertulis di dalam buku sejarah karangan Harun Aminurrashid; atau nama lain beliau 'Enrique' atau 'Henry the Black' mengikut sumber-sumber Barat. Beliau merupakan hamba kepada Kapten Magellan yang berasal dari Melaka yang telah dibawa ke Portugal sewaktu tentera Portugis menawan kota Melaka pada 1511. Enrique telah turut serta dalam rombongan pengembaraan Magellan dari awal ekspedisi yang bermula di Sepanyol sampailah ke penghujung mengikut laluan Barat (Jalan laut ke Timur diserahkan kepada Portugis di bawah dasar pembahagian kuasa Sepanyol-Portugis oleh pihak gereja Rom).
Maka Enrique atau Panglima Awanglah yang sepatutnya lebih berhak sebagai orang pertama mengelilingi dunia, bukannya Magellan, kerana beliau telah terbunuh di Filipina dan tidak berjaya menamatkan pelayaran. Apabila rombongan Magellan tiba di kepulauan Filipina, gembiralah Enrique, apabila mendapati bahawa penduduk tempatan di situ bertutur dalam bahasa yang seakan-akan sama dengan bahasa ibunda beliau, yakni bahasa Melayu. Maka, yakinlah Enrique bahawa dia telah pun pusing mengelilingi dunia dan telah kembali hampir dengan tanah kelahiran beliau.
Oleh sebab ekspedisi ini mendapat tajaan dan sokongan daripada Raja Sepanyol, maka sudah tentu baginda raja tidak mahu seorang hamba yang berasal dari sebuah negara Timur diangkat sebagai wira. Apabila diceritakan oleh anak-anak kapal kepada baginda raja tentang perjalanan mereka mengelilingi dunia dan kematian Magellan, baginda tegas menjawab, "Nama Magellan akan kekal dalam sejarah".
Maka, dengan itu tertulislah dalam kitab-kitab sejarah bahawa Ferdinand Magellan orang pertama mengelilingi dunia. Hakikat bahawa Kapten Magellan adalah seorang berbangsa Portugis juga telah digelapkan oleh sejarawan masa lampau untuk mengangkat kejayaan negara Sepanyol. Benarlah kata-kata bahawa, sejarah itu ditulis oleh mereka yang berkuasa.

Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link



<< Home

Archives

November 2004   February 2005   March 2005   April 2005   May 2005   June 2005   July 2005   August 2005   September 2005   October 2005   November 2005   December 2005   January 2006   February 2006   March 2006   April 2006   May 2006   June 2006   July 2006   August 2006   September 2006   October 2006   November 2006   December 2006   January 2007   February 2007   March 2007   April 2007   May 2007   July 2007   November 2007   January 2008  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009