Saturday, July 23, 2005

Silat & Lima tahun dahulu..

Secara tak sengaja terjumpa email lama dalam mailbox. E-mail ni kemudiannya diterbitkan dalam ruangan Surat Pembaca dalam majalah Seni Beladiri pada tahun berikutnya. Kelakar pulak bila baca balik. Suka hati je melibatkan nama persatuan silat dan nama sekolah dengan kandungan email ni. ehehe.
>To: azlanghanie[at]hotmail.com >
Subject: Silat Gayung Fatani >
Date: Tue, 05 Dec 2000 15:18:39 +0800
Assamualaikum saudara Azlan Ghanie,
Tujuan saya menghantar e-mail ini ialah kerana hati saya tergerak untuk menyaksikan sekali lagi aksi para pesilat Lincah Kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara di negara Korea. Saya berasa amat berbangga dan kagum atas kejayaan yang dicapai oleh pesilat-pesilat daripada aliran Silat Lincah Malaysia. Kejayaan mereka yang mendapat tempat pertama dalam kategori disiplin dan persembahan yang disertai lebih daripada 60 seni beladiri yang lain menunjukkan bahawa seni silat ini adalah sesuai dan dapat diterima oleh semua bangsa di dunia ini.
Ini juga secara tak langsung telah menaikkan nama seni beladiri Melayu yang bernama Silat di kacamata dunia. Berbalik kepada tujuan saya di atas tadi, saya ingin memohon kepada Saudara Azlan jika terdapatnya video atau cakera padat tentang persembahan para pesilat negara di
Korea. Jika ada, saya sudi membelinya. Ataupun apa-apa artikel, gambar dan sebagai tentang persembahan para pesilat ini. Namun satu perkara yang saya masih berasa kesal tentang perkembangan silat di Malaysia ialah kurangnya publisiti daripada media-media akhbar,cetak,elektronik dan sebagainya.
Pada pendapat saya media tempatan memainkan peranan yang amat penting dalam mempertingkatkan lagi mutu seni beladiri tanahair. Sungguhpun begitu saya merasa kagum dan bangga dengan perjuangan ikhlas saudara Azlan mengembangkan lagi mutu seni beladiri tanahair terutamanya silat.
Setakat ini sahajalah saudara Azlan.Kerjasama saudara Azlan amat dihargai,sekian.
Shahnon bin Mohamed_Salleh,
Presiden Persatuan Silat Gayung Fatani,
Sek. Men. Keb. Subang Jaya.

No comments: