Tadi pegi condo mak aku kat Sunway. Tenant lama baru keluar hari Ahad lepas. Dia student Arab kat Taylor's_College yang baru grad. So nak kemas-kemaslah apa yang patut, nak cuci langsir apa semua, sebab lusa student dari Indon pulak nak masuk rumah. Macam-macam jugaklah barang-barang budak Arab ni dia tak bawa balik Oman. Printer Canon, souvenirs yang dia beli dari Langkawi, beberapa stationeries, beberapa vcd, minyak wangi Arab, buku, topi koboi pun ada dan ape ntah lagi la. Tak muat dah nak masuk beg agaknya semua barang2 ni. eheh. Aku pun ambiklah apa-apa yang patut. Dah dia tak nak. Dia tinggalkan barang-barang ni kat rumah kita. kita tak curi kan? hehe
Budak Arab ni bagus. Susah nak cari penyewa macam dia. Dia sentiasa bayar on time. Kalau dia balik Oman masa cuti semester, mesti dia akan bawa balik buah tangan, kurma ke apa-apa kuih-muih Arab. Tenant sebelum dia, memang amat mengecewakan. Student Arab jugak. Mase tu mak aku rugi beribu-ribulah jugak. Berapa bulan entah diorang tak bayar sewa. Pastu hilang macam tu je. Call tak dapat/tak angkat. Tau tau je dah balik negara Arab. Tapi kadang-kadang benda macam ni mengajar kita jugak supaya lebih berpengalaman dan berhati-hati.
Tadi aku dapat berita baik. Mak aku beritahu yang ada orang call tanya pasal rumah Cyberia. Dia cakap kat mak aku yang dia jumpa iklan rumah sewa ni kat Friendster! Wah, tergamam kejap mula-mula dengar tu. Baru je 2 hari lepas aku post ad tu kat friendster, dah ada orang call. hehe, boleh pakai jugakla friendster ni rupanya.. :p
Aku tengah habiskan baca buku Azizi_Ali, 'Tuan Rumah Jutawan'. Sesape berminat satu hari nanti nak melabur dalam hartanah, sila dapatkan buku ini. Saya budak baru belajar.
Oklah, sebenarnya tak ada ape nak update ni. Update blog semata-mata nak update je ni.
Jimmy Eat World - 23
No comments:
Post a Comment