
Baru-baru ni aku terjumpa satu lagi ulasan Gubra oleh Khalid Jaafar (pengarang 'Tumit Achilles' dan pengarah IKD) di bawah tajuk 'Gubra - Sebuah filem filsafat' yang aku anggap sebagai satu pandangan alternatif. Baca komen beliau di sini. Lain daripada review kebanyakan. Satu persatu isu kontroversi dalam Gubra dikupasnya dengan panjang lebar secara ilmiah.
Sebahagian petikan komen Khalid Jaafar;
"..Mahunya kebanyakkan kita adalah bilal menjadi wira pencegah maksiat, mengajak orang kampung membersihkan kampungnya dari maksiat, mengusir pelacur dan menutup rumah pelacuran. Atau mengadukannya kepada polis atau jabatan pencegah maksiat.Tetapi bilal dalam Gubra juga seorang pencegah maksiat, tetapi bukan dengan cara biasa masyarakat fahami.Bilal menahan pencuri yang mencuri wang mata pencarian pekerja seks, dan mendapatkan kembali wang yang dicuri. Ada isyarat bahawa pencuri itu adalah suami atau bekas suami kepada si pelacur. Ini menjadikan watak bilal dalam Gubra sesuatu yang unprecedented dalam perfileman tempatan. Berbeda dengan serangan bertubi-tubi setengah penonton dan mengulas saya melihat penampilan watak bilal sebagai watak agama yang paling otentik dari segi isi.Bilal tidak berleter tentang kebaikan dan keburukan. Bilal keras dan tegas pada pencuri tetapi lembut kepada mereka yang menderita dan dieksploitasi. Dan bilal menggoreng cok kodok untuk isterinya dengan jelingan bergurau.. bersambung"
Aku kira beliau cuba untuk memberi komen yang adil dan rasional tanpa terlalu emosional atau kritis dalam menjustifikasikan beberapa babak kontroversi dalam Gubra. Aku tak berniat nak menyanggah pendapat Faisal dengan menyiarkan komen Khalid Jaafar ini, cuma hanya ingin berkongsi pendapat beliau di sini.
Lainnya blog Khalid Jaafar ialah beliau tidak menulisnya dalam satu entri sekaligus tetapi berperingkat-peringkat. Mungkin nak bagi pembaca terus-menerus melawat blog beliau.
No comments:
Post a Comment