Sunday, July 16, 2006

Tuah-Jebat dalam teater Wangi Jadi Saksi

U-Wei kembali dengan Wangi Jadi Saksi
Wahida Asrani
Setelah satu dekad tidak berkarya, penulis dan pengarah teater U-Wei bakal kembali mencabar minda peminat seni teater melalui pementasan Wangi Jadi Saksi.

Teater yang turut mendapat kerjasama syarikat penerbitan filem LeBrocquy Fraser, pemenang anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik di Golden Globe 2004 untuk filem Osama, bakal dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 27 Julai hingga 6 Ogos ini.

Wangi Jadi Saksi menceritakan kisah Hang Jebat yang dikhianati dan dibunuh, seperti yang dilihat dari sudut pandangan isterinya, Dang Wangi (lakonan Vanida Imran, gambar sebelah).
"Kalau melalui pengetahuan kita, Jebat mati dibunuh oleh Tuah ketika di istana itu. Tapi, benarkah itu sebenarnya yang terjadi pada waktu itu? Inilah yang akan saya huraikan di dalam teater ini," ujar U-Wei di majlis sidang akhbar teater tersebut di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.
------------------------------------
Lantai T. Pinkie dan Bangsawan Naga Chini - dua teater sebelum ni yang tak sempat aku nak tengok. Tapi kali ni, pementasan 'Wangi Jadi Saksi' arahan U-Wei Hj. Shaari adalah sesuatu yang bagi aku tak boleh nak miss. Sememangnya sejak di zaman sekolah lagi, apa saja yang berkaitan dengan Tuah, Jebat, sejarah kesultanan Melayu Melaka dsb menjadi minat aku. Menurut U-Wei, Wangi Jadi Saksi ini ialah episod Tuah-Jebat dari pandangan isteri Jebat, Dang Wangi. Kelainan yang U-Wei bawakan inilah yang menarik minat aku untuk melihat apakah yang ingin ditunjukkan oleh U-Wei.
Dalam majalah Off The Edge keluaran July 2006 (issue 19. Anwar Ibrahim cover) turut memuatkan temubual penulis, Danny Lim dengan U-Wei (m/s 28). Di awal temubual tersebut, beliau secara tegas menyatakan bahawa beliau 'mengangkat Tuah';
"The first modern version of this legend was done in 1948 by Syed Alwi Al-Hadi,' explains U-Wei. The first generation 'mengangkat (elevated) Hang Tuah', he adds. "Then came Usman Awang, Nordin Hassan, Johan Jaafar - all mengangkat Jebat. [barangkali U-Wei terlupa hendak sebut Kassim Ahmad sekali]
This second generation said we are not like Tuah, ikut-ikut saja (just followers). We protest, we are pembangkang. Now its my generation. Jebat kills all the dayang(courtesans). You think that's a hero? Not to me. My hero doesn't kill women!'
[Saya juga tidak pernah menganggap Jebat sebagai hero, tapi tentu sekali alasan saya berbeza daripada U-Wei. Ok, itu mungkin boleh diulas di lain hari. Buku 'Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional' oleh Tan Sri Ahmad Sarji adalah bahan rujukan terbaik tentang cerita Hang Tuah yang saya miliki selain Hikayat Hang Tuah.]
Seterusnya, antara petikan U-Wei yang membuatkan aku jadi pelik, musykil, keliru dan tertanya-tanya diri sendiri tentang episod Tuah-Jebat, ialah apabila beliau berkata;
"In one popular version of events, Jebat is mortally wounded by Tuah at the palace, and the former wraps his wound with a curtain. Tuah leaves Jebat, who then mengamoks (run amok) around Malacca before returning home. When Tuah returns to finish the job, Jebat allows Tuah to unknot the dressing, causing Jebat's intestines to spill out, resulting in death.
[Bukankah Jebat mengamok kerana ingin menuntut bela kerana tidak puas hati dengan keputusan baginda Sultan yang menghukum bunuh Hang Tuah tanpa usul periksa yang mengakibatkan Sultan terpaksa lari berlindung di rumah Bendahara. Dan apabila Jebat mendapat tahu bahawa Tuah masih hidup dan telah pulang ke kota Melaka, Jebat menyesali perbuatannya, dan berkata, 'demi Allah kalau aku tahu kau masih hidup, aku tak akan lakukan semua ini.' Jebat hanya ingin menuntut bela atas ketidakadilan baginda Sultan yang menghukum tanpa usul periksa. Akhirnya seperti mana semua sedia maklum, Sultan telah mengarahkan Hang Tuah untuk membunuh Jebat kerana telah derhaka kepada raja dan negara.]
"That's not the doing of a brother - even to punish," U-Wei disputes. If Tuah was to kill Jebat, why did Tuah let Jebat mengamuk? Why did Jebat mengamuk? Is it after Tuah mortally wounded him or when Jebat had [control of Tuah's magical keris] Taming Sari? Jebat killed the courtesans and took control of the Istana but he didn't kill the Sultan. If he really wanted to change everything, he would have killed the Sultan. And to start from the beginning, why was Tuah betrayed? A lot of questions kan?"
[why did Tuah let Jebat mengamuk? - Bukankah ketika Jebat mengamok, Tuah masih lagi dalam persembunyian? Hang Tuah hanya pulang ke Melaka apabila dipanggil kembali oleh Bendahara untuk membunuh Jebat.
why was Tuah betrayed? - Angkara penasihat Sultan berketurunan Jawa, Patih Kerma Wijaya dan kuncu-kuncu beliau, bukan? yang iri hati apabila mereka seolah-olah diketepikan oleh Sultan apabila baginda seringkali meminta nasihat Hang Tuah berkenaan apa jua masalah negeri.
- Barangkali U-Wei juga ada jawapan-jawapan beliau sendiri.]
Walau apa pun, saya menghargai usaha U-Wei untuk mementaskan Wangi Jadi Saksi. Harap-harap teater WJS ini tidak mengecewakan.

No comments: