'Bukan kita mengikut buta, tapi menderhaka ke raja itu petanda kiamat zaman dan berakhirlah zaman Melayu kita.' - Tuah kepada Jebat.
..tirai pembukaan WJS
Kesaksian Wangi diceritakan akhirnya kepada seluruh rakyat oleh pengarah terkenal U-Wei Hj. Shaari, setelah hampir 546 tahun rahsia 'pertikaman' tujuh hari tujuh malam Tuah-Jebat di dalam istana dipendam. 'Wangi Jadi Saksi' adalah pementasan pertama saya yang tonton yang mempunyai jalan cerita masa hadapan dan flashback. Babak utama WJS adalah di rumah Patih Kerma Wijaya, seorang pembesar istana keturunan Jawa, antara Dang Wangi dan Patih, dan di istana pula babak flashback, dialog perbincangan antara Tuah-Jebat dan juga Dang Wangi yang menjadi saksi di dapur.
..Patih Kerma Wijaya dan Dang Wangi
Saya ke Auditorium DBP tanpa sebarang harapan tinggi, cuma dengan tujuan melihat kelainan yang dibawa dan kesaksian Dang Wangi mengikut perspektif pengarah U-Wei. Antara beberapa isi penting yang boleh diringkaskan ialah;
- Diceritakan oleh Masa-tukang cerita (Sabri Yunus) bahawa pertelingkahan dan perasaan iri hati para pembesar timbul apabila Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mansur Shah mewujudkan jawatan Laksamana, di mana Hang Tuah merupakan Laksamana pertama dan yang tersohor. Dikatakan bahawa kuasa Laksamana ini ibarat melangkaui dan menimbulkan rasa kurang senang pembesar-pembesar yang telah lama berkhidmat seperti Temengggung, Seri Bija Diraja dan Penghulu Bendahari.
- Tuah dan Jebat tidaklah bersilat dan bertikam sepanjang tujuh hari di dalam istana, tetapi lebih banyak berbincang. Setelah lama mereka berbincang barulah dikhabarkan kepada Jebat, bahawa Tuah membawa amanat dan keris Sultan untuk membunuh Jebat.
- Jebat tidak mati ditangan Tuah. Tapi di tangan pembesar Sultan berketurunan Jawa, Patih Kerma Wijaya.
- Apabila berita kematian Jebat diketahui rakyat, Tuahlah yang diberitakan telah membunuh Jebat. (mengingatkan saya kepada kartun bersiri 'Hang Lekuk' oleh kartunis 'Duku' dalam majalah Ujang di pertengahan 90an, di mana Hang Lekuklah yang telah membunuh Jebat dengan lastik beliau, tetapi Hang Tuah yang diangkat sebagai wira Melaka oleh seluruh rakyat kerana membunuh Jebat derhaka. Apapun ia hanyalah fantasi kartunis semata)
- dan yang terpenting sekali, Wangi jadi saksi atas kesemua tragedi yang berlaku di istana. Wangi menjadi saksi kepada konflik terpenting bangsa Melayu zaman itu.
- Wangi juga menjadi saksi kepada dua pemikiran Melayu yang berbeza oleh dua pahlawan agung yang melibatkan hal setia dan kesetiaan, adil dan keadilan.
- Namun begitu, Wangi tak berupaya mengubah sejarah yang telah tertulis yang mengatakan Jebat mati ditangan Tuah. Sesungguhnya sejarah itu ditulis oleh mereka yang berkuasa.
WJS turut mengundang beberapa persoalan daripada pertempuran Tuah-Jebat ini. Umum mengetahui bahawa punca Jebat mengamuk adalah kerana ingin menuntut bela atas ketidakadilan Sultan yang menghukum Tuah tanpa usul periksa. Tapi mengapa Jebat masih mengamuk apabila mendapat tahu Tuah, sahabat karib beliau telah pulang, masih hidup?
Bukankah Patih Kerma Wijaya dan kuncu-kuncunya telah dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan apabila fitnah kononnya Tuah bermukah dengan dayang istana telah terbukti tidak benar dan direka-reka oleh Patih dan pembesar lain yang dengki?
Di penghujung pementasan ditunjukkan bahawa ketika Tuah telah meninggalkan istana kerana tak sanggup membunuh sahabat beliau, Jebat, tiba-tiba Patih yang sedang mengintai mengambil keris Tamingsari dan menikam Jebat. Apa pula punca sebenar Patih ingin membunuh Jebat apabila melihatkan Tuah tidak menjalankah titah Sultan?
Apa yang terjadi kepada Tuah selepas Jebat dibunuh? Ke mana Tuah selepas keluar dari istana tanpa menjalankan titah sultan? Pasti beliau tertanya-tanya siapa pula yang membunuh Jebat, apabila mendapat tahu Jebat telah mati?
Dalam dialog Patih dengan Wangi, ketika mana Wangi cuba berkali-kali untuk menikam Patih, Wangi, seorang dayang istana, yang tak punya kuasa, tak berupaya untuk menegakkan kebenaran dan membetulkan sejarah. Kesaksian Wangi bahawa suami/kekasih beliau, Jebat telah mati di tangan Patih hanya tinggal sejarah pada Wangi seorang.
------------------------------------
..barisan pelakon dan krew pementasan
Beberapa komen tambahan tentang pementasan WJS (tak begitu menjejaskan jalan cerita, tapi nak tulis juga).
..barisan pelakon dan krew pementasan
Beberapa komen tambahan tentang pementasan WJS (tak begitu menjejaskan jalan cerita, tapi nak tulis juga).
- Ada satu babak, ketika Tuah bertemu Jebat, kelihatan Tuah berkeris di belakang. Pantang pendekar Melayu meletakkan keris di belakang bengkung. Adab pendekar Melayu menghormati lawan, tak sembunyi keris. Hanya pendekar Jawa sahaja yang berkeris di belakang badan. Mungkin hal ini nampak remeh, tapi sepatutnya hal macam ni common sense. Orang Melayu kahwin pun letak keris kat depan.
- Saya suka tirai pembukaan yang bertulisan jawi. Terasa wujudnya aura pertempuran Tuah-Jebat.
- Masih terdapat beberapa kesilapan teknikal lagi, dari segi kawalan tirai di istana dsb.
- Pertukaran babak ke babak oleh 'ninja-ninja hitam' tak berapa lancar.
-Latar belakang dan hiasan pentas pada saya terlalu simple. Pintu dan tingkap istana pun terlalu simple. Ingatkan hebat sangat syarikat produksi leBrocquy Fraser ni.
Baca review panjang WJS oleh Utusan Malaysia;
No comments:
Post a Comment