Sunday, October 30, 2005

Maaf Zahir dan Batin

This is perhaps my last entry before balik kampung to Aloq Setaq. So, just a short one here, Selamat Hari Raya to all Muslims!

Wednesday, October 26, 2005

email dari Pak Lah

Subject: Penghargaan Terima Kasih - YAB Perdana Menteri
To: shahnon_2020ATyahooDOTcom
From:
ppm@pmo.gov.my
Date: Tue, 25 Oct 2005

Shahnon,

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan takziah serta sokongan yang diberikan kepada saya sekeluarga tatkala kami menghadapi dugaan yang getir ini. Terima kasih juga diucapkan di atas doa yang diberikan kepada isteri saya, Endon Mahmood Allahyarhamah.

Juga terima kasih di atas doa yang diberikan semasa beliau menerima rawatan bagi penyakit kanser. Semua ini amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Ingatan dan doa anda amat kami hargai. Moga Allah swt akan terus merahmati kita semua.

Abdullah Ahmad Badawi & Keluarga

--Sekali baca terasa macam Pak Lah yang hantar email ni :p E-mail ini diterima oleh setiap individu yang telah menyampaikan ucapan takziah di laman web Pejabat Perdana Menteri (PPM) tempoh hari.

Sunday, October 23, 2005

Hari ni saya demam

Nú vaknar þú
allt virðist vera breytt
ég gægist út
en er svo ekki neitt

úr-skóna finn svo
á náttfötum hún
í draumi fann svo
ég hékk á koðnun?

með sólinni er hún
og er hún, inni hér

en hvar ert þú....

legg upp í göngu
og tölti götuna
sé ekk(ert) út
og nota stjörnurnar
sit(ur) endalaust hún
og klifrar svo út.

Glósóli-leg hún
komdu út

mig vaknar draum-haf
mitt hjartað, slá
úfið hár.

Sturlun við fjar-óð
sem skyldu-skrá.

og hér ert þú

fannst mér.....

og hér ert þú

Glósóli.....
Glosoli by Sigur Ros

Daymnn, i just love this band. Actually i wanted to post Gong, but couldn't find the lyrics on the net. So there, Glosoli, one of my favorite in their latest album, 'Takk'. Been listening to them everyday for the past a week or so. You don't need to understand a word of their Icelandic language to love their songs. :)

Tenkiu Bali sbb iklankan abum baru diorang kat blog.

Saturday, October 22, 2005

what the kejadah? bebel blog

-Today's random writings..
Ingat tak gambar dalam buku teks Sejarah Malaysia SPM dulu? Ala, gambar tunjuk perasaan rakyat menentang Malayan Union tu, dengan memegang sepanduk yang berbunyi, "Malaya for Malays, Malayan Union Not Wanted" Ha inilah dia. khohkoh.

Dikala tengah tak ade kerja, tercipta sebuah design malas yang tak seberapa. Tak lama pun nak buat. Dari gambar asal, aku 'threshold'kan gambar tu dan tambah jagged border kat bahagian atas dan bawah design tu dalam photoshop. Kemudian 'ambik' outline guna Adobe Streamline (nak senang dan cepat). Akhir sekali save as .ai. Wahh begitu mudah sekali? (cakap gaya Nobita)
Kedai pertama yang aku singgah, dia tak boleh nak print design ni atas sebab-sebab teknikal. Agak kecewa. Lalu dia suggest kedai satu lagi. Lega skit. Tapi hampeh betul kedai print ni masih guna Illustrator 8. Aku bawa thumbdrive dia tak nak terima (?), dia suruh burn dalam cd. Takpe dugaan Ramadhan. Lepas tu pulak, dah sampai kedai, baru aku sedar, logo yang aku design penat-penat-tak-berapa-penah-lah-jugak tu aku lupa nak letak skali! Aisey mann.. kalau benda ni assignment ke fyp, memang confirm aku dah lari balik rumah edit balik.heheh. Kalau kubilang, kalau..
---------------------------------------------------------------------------------
Dua hari lepas (Khamis) buat pertama kali aku singgah kedai buku Silverfishbooks kat Jalan Telawi 3, Bangsar. Tujuan utama cuma nak beli buku 'Jiwa Kacau' (antalogi entri bloggers tempatan). Dalam tak sedar hampir dua jam aku lepak kedai ni. Selama ni aku cuma tahu MPH, Kinokuniya; dua tu je. Rupanya ada jugak kedai buku camni. Kalau dalam muzik atau filem, boleh diumpamakan macam 'indie' lah kot kedai ni.
Cuma apa yang aku kurang berkenan, terdapat banyak buku-buku tulisan bekas pejuang Parti Komunis Malaya seperti 'Memoir Rashid Maidin', 'Melayu Islam Komunis', buku tentang kemerdekaan (lupa tajuk) tulisan Suriani Abdullah (isteri Abdullah CD-orang kanan Chin Peng). Orang Komunis nak tulis pasal kemerdekaan Malaya?! Aku tak boleh terima langsung. Dan aku tak akan buang masa nak baca buku komunis yang bercerita mereka jugalah yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya dahulu.
Maaf. Terasa terlebih emosi pula. Aku sememangnya anti sosialis & komunis. Namun begitu, aku masih enjoy baca tulisan-tulisan Hishamuddin Rais (yang mengaku dirinya adalah seorang Marxist-fahaman Groucho Marxist) di majalah 'Off The Edge' ataupun di laman-laman web seperti Malaysiakini, Malaysia-Today, Kakiseni.com dll, walaupun banyak antara tulisannya yang aku tak bersetuju. Aku cuma suka gaya penulisannya.
Masih tentang topik kedai buku tadi, terlupa nak cakap yang aku ada juga membeli buku 'Sajak-Sajak Saleh', tulisan Saleh Ben Joned, seorang penulis kontroversi satu masa dahulu. Sebenarnya aku tak adalah minat sangat dengan sajak dan puisi ni kalau nak dibandingkan dengan bahan bacaan novel sejarah, tapi 'Sajak-Sajak Saleh' ternyata berbeza.
Tambahan pula, memang Saleh Ben Joned salah seorang penulis yang aku respect. Aku pertama kali dengar nama 'Sajak-Sajak Saleh' ni masa membaca buku komik 'Mat Som' karya kartunis terkenal tanahair, Lat. Ok, cakap banyak pun tak guna, saja la nak share kat blog ni salah satu sajak beliau yang aku tertarik;

Sinar Mata Kekasihku Tidak Seperti Bintang Timur

Sinar mata kekasihku tidak seperti bintang timur;
delima merekah jauh lebih merah dari merah bibirnya;
rasa pipinya tidak sehalus pauh dilayang;
bentuk mukanya tidak seindah bujur sirih;
urai rambutnya tidak secantik ikal mayang;
tidak seperti gading giginya, walaupun putih;

harum minyak wangi lebih mempesona
dari harum tubuh si adik yang kucinta.
Suka kudengar suaranya, walaupun kutahu
bunyi buluh perindu jauh lebih merdu.
Aku tak pernah melihat bidadari menari;
kaki kekasihku sentiasa bertapak di bumi.

Walaupun begitu, demi Tuhan, kekasihku luar biasa;
tak kurang dari mereka yang dipalsui kata-kata.

Berdasarkan 'Soneta 130' oleh Shakespeare.
- © Saleh Ben Joned.

Soneta 130
My mistress' eyes are nothing like the sun;
Coral is far more red than her lips' red:
If snow be white, why then her breasts are dun;
If hairs be wires, black wires grow on her head.

I have seen roses damask'd, red and white,
But no such roses see I in her cheeks;
And in some perfumes is there more delight
Than in the breath that from my mistress reeks.

I love to hear her speak, yet well I know
That music hath a far more pleasing sound.
I grant I never saw a goddess go:
My mistress, when she walks, treads on the ground.

And yet, by heaven, I think my love as rare
As any she belied with false compare.

- William Shakespeare.

Aku tak pandai nak menilai sesuatu karya sastera, tapi mana yang aku suka tu, memang aku suka la (?).
---------------------------------------------------------------------------------
--Terasa Ramadhan tahun ni berlalu sangat cepat. Dah nak masuk 10 malam terakhir dah ni. Maka marilah kita buat self-reflection untuk beberapa minit tentang apa yang kita dah buat selama Ramadhan ni. Apa yang kita dah buat selama Ramadhan tahun ni? Hari ni lebih baik ke dari semalam? Amalan Ramadhan tahun ni lagi elok ke daripada amalan kita tahun lepas? Macam mana kalau Ramadhan ni yang terakhir untuk kita..dah bersedia? isk.. --ok. aku sebenarnya tengah cakap sorang-sorang, cuba mengingatkan diri sendiri yang kadangkala lupa dan alpa. Tak berniat nak bagi ceramah agama kat sape2.
---------------------------------------------------------------------------------
Al-fatihah buat Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah kembali ke rahmatullah. Moga rohnya disertakan bersama orang-orang mukmin. Amin. Salam takziah kepada keluarga allahyarham.
[p/s:Ada sesiapa tau macam mana nak buang url blog kita daripada search result google tak?]

Wednesday, October 19, 2005

Superior Nicol..


pic source: sitesquash.com

She makes me proud to be Malaysian. I just couldn't get enough to read every news report or article on the papers or the net on her British Open victory. She's been truly amazing and consistent through out all her performances. She's definitely an inspirational sports icon to many youngsters out there.

I like this one;

"Natalie didn't do anything wrong. She hit, ran, retrieved and placed sumptuos shots, but nothing, nobody could have stopped the Super David in Manchester this week, and nobody did ..." -Framboise reports.

I mean, how many times do you get to read such news commentary on our sportsman/woman like this, right. She fully deserves the 'Sportswoman of the Year 2005' award. I don't see any other suitable candidate close to her match. And as Jeff puts it, "Our 'Malaysian Idol' did it!".
---------------------------------------------------------------------------------

On another note, Al-Fatihah to Allahyarham Datuk Sidek Kamar. Father to the badminton family of the famous Sidek brothers. May his soul rest in peace. Amin.

Tuesday, October 18, 2005

streamyx lalala

I feel you RPK. I've been thru it many times before, exactly as what RPK wrote in his Loony Malaysia column. im getting sick and tired of it already.
Sigh..
Sigur Ros - Gong

Monday, October 17, 2005

Personality test lalalla

My Bloginality is ISFJ!!! (taken from shaira's blog)

In blogging, your journal will always be immaculate and have a touch of style. You may also feel overwhelmed because you want to be a part of everything going on. Because of your wonderful memory, other bloggers may come to you to ask about things you posted months before.

--kohkohkoh..

..and according to personalitytype.com;
Life as an ISFJ (Introvert, Sensor, Feeler, Judger)
People of this type tend to be: cautious, gentle, and thoughtful; hesitant until they know people well then affectionate and caring; very literal and aware of the physical world; uncompromising about personal standards and easily offended; diligent and conscientious, organized and decisive.The most important thing to ISFJs is living a stable, predictable life and helping people in real ways.
--lalalla..
Jack Johnson - Better Together

Tuesday, October 11, 2005

Novel sejarah & Death Cab For Cutie!

Yeay dah sampai.. (..kat bawah ni email semalam)

From: "Webmaster-Ujanailmu"
Subject: Re: resit BCB-bukti pembelian '
Surat-Surat Perempuan Johor'
To: "shahnon"

Assalamualaikum en. Shahnon,

Buku yang tuan tempah dari ujanailmu.com.my telah diposkan kepada tuan pada 7 Oktober 2005 menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Ia dijangka akan mengambil masa 2-3 hari bekerja bagi Pos Malaysia untuk sampai ke destinasi tuan.

Kami harap tuan dapat memaklumkan kepada kami melalui e-mel ini setelah tuan menerima bungkusan tersebut. Ini adalah untuk mengemaskinikan rekod kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ujanailmu.com.my. Sila datang lagi.

Salam ikhlas,

(Pagi tadi sampai..)
..tiba lebih awal daripada jangka masa yang dijanjikan. Terima kasih daun keladi, ada buku best bolehku beli lagi.
Sebenarnya dah dua bulan lebih aku order buku ni secara online. Tapi asyik tangguh-tangguh punya pasal, kemudian takde duit, maka tangguh lagi sampailah minggu lepas baru buat payment (cash in deposit). Disebabkan order online, maka rekod pesanan tu masih ada lagi dalam database selagi aku tak cancel.
Masuk ni dah kali kelima (kalau tak salah), aku order buku secara online dalam masa lebih kurang 15 bulan. Selalunya aku hanya akan beli online kalau aku tak jumpa buku yang aku cari di MPH, Kinokuniya atau mana-mana kedai buku lain. Contohnya, buku tulisan Faisal Tehrani yang baru sampai ni; 'Surat-surat Perempuan Johor' (Novel ni merupakan pemenang tempat ketiga Sayembara Menulis Novel Sejarah dan Tradisi Johor) terbitan Yayasan Warisan Johor' dan sebelum ni buku 'From Beirut to Jerusalem' tulisan Dr. Ang Swee Chai.
Salah satu novel Faisal Tehrani yang aku beli online sebelum ni ialah, 'Perempuan Politikus Melayu', juga oleh penulis yang sama. Novel ni dianggap underground skit. Seperti tulisan Dr. Zakaria Ali, NST (di kulit belakang buku);
"Rejected by mainstream publishers, Perempuan Politikus Melayu equates politicians to prostitutes, and brands them as people with sense of fair play, justice or compassion."
Ok, berbalik kepada novel 'Surat-Surat Perempuan Johor' tadi, aku tak fikir lama untuk buat keputusan nak beli novel ni dulu. Membacakan sinopsisnya saja dah membuatkan aku tertarik. Sememangnya novel sejarah macam ni salah satu favorite genre aku. Secara ringkasnya novel ini berlatar belakangkan zaman pemodenan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, hubungan erat Johor-Turki dan episod sejarah berlatar Majalah Ahkam Johor (dipetik dari kulit belakang buku).
Sekarang sedang dalam proses menghabiskan novel yang dah lama aku beli; 'Bumi Harapan' oleh Ali Jusoh. Novel sejarah jugak. Berlatar belakangkan zaman Raja Mandalika (nama raja yang tercatat di Batu Bersurat Terengganu) di Terengganu.
Ada beberapa lagi novel yang aku target hendak habiskan sebelum hujung tahun ni. Harap-harap berjaya hendaknya. hehe. Lepas ni tunggu novel terbaru Faisal Tehrani, 'Nama Beta, Sultan Alauddin' pulak.
---------------------------------------------------------------------------------
Tukar topik; album baru Death Cab For Cutie sangat merockkan stokin saya lah! (Death Cab rocks my socks!). Dah dua hari aku layan lagu 'Marching Bands Of Manhattan'. Paling layannn, semestinya part ni;
..Sorrow drips into your heart through a pinhole
Just like a faucet that leaks
and there is comfort in the sound
But while you debate half empty or half full
It slowly rises, your love is gonna drown;

Boleh abaikan lirik tula. lagu dia yang bestt.

Oklah kawan-kawan, kurang dua jam lagi nak makan sahur dah. Sebelum aku melalut lebih lanjut maka lebih baik aku stop dulu ye. Selamat berpuasa semua :)

Friday, October 07, 2005

And i thought it was over..

See you in court, Dr M to Anwar
by Arfa’eza A Aziz
"Former premier Dr Mahathir Mohamad has rejected the demands made by his ex deputy Anwar Ibrahim, paving the way for a court battle.."
Tak selesai lagi rupanya. haih. memalukan betul la.

Sunday, October 02, 2005

Soul Meets Body~

I want to live where soul meets body
And let the sun wrap its arms around me
And bathe my skin in water cool and cleansing
And feel, feel what its like to be new

Cause in my head there’s a greyhound station
Where I send my thoughts to far off destinations
So they may have a chance of finding a place
where they’re far more suited than here

I cannot guess what we'll discover
We turn the dirt with our palms cupped like shovels
But I know our filthy hand can wash one another’s
And not one speck will remain

I do believe it’s true
That there are roads left in both of our shoes
If the silence takes you
Then I hope it takes me too
So brown eyes I hold you near
Cause you’re the only song I want to hear
A melody softly soaring through my atmosphere

Where soul meets body
Where soul meets body
Where soul meets body

I do believe it’s true
That there are roads left in both of our shoes
If the silence takes youThen I hope it takes me too
So brown eyes I hold you near
Cause you’re the only song I want to hear
A melody softly soaring through my atmosphere
Soul Meets Body by Death Cab For Cutie

---------------------------------------------------------------------------------

Malaysia Cup Final- National Stadium, Bukit Jalil.

Selangor menang 3-0 kalahkan Perlis! wuhoo!

"Jaringan hatrik penyerang terbilang, Bambang Pamungkas membolehkan impian Selangor untuk melakar sejarah merangkul tiga gelaran dalam semusim menjadi realiti apabila mereka dinobatkan selaku juara Piala Malaysia yang baru selepas menewaskan penyandang juara, Perlis 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.." Utusan Online

---------------------------------------------------------------------------------
3 Oktober - Hari ulangtahun ke-2 domain shahnon.com. Website/blog ni ada banyak ulangtahun. Pertama kali website (personal website) ni wujud di alam maya pada Februari 2002 (geocities). Pertama kali tulis blog pada September 2002 (tripod). Oktober 2003 dapat domain baru, sampai sekarang. >> Web layouts.

Saturday, October 01, 2005

Rossa dan Merah_Kuning

Layan gile sial videoklip Rossa-Pudar. kalau ikutkan takdela ape best sangat. Tapi suka aa. Paling layan masa pertengahan lagu tu, time diorang nari ramai-ramai. bestgile! Dulu dengar lagu Pudar ni cam biasa2 je. dah tengok videoklip baru layan habis. Sape yang tau aku kerja kat mana tau la kat mana aku tengok video2 ni suma. haha
aih, ni apa punya update la ni. Orite. Lek lek. Malam ni kita tengok bola ye kawan-kawan! Ayuh ke Stadium Nasional Bukit Jalil! Gemuruhkan sorakkan Merah Kuning! Yearhh! Selangor pasti juara! :D
Merah Kuning lambang kebanggaan,
Selangor Merancang Kejayaan,
Gemuruh sorakkan menggegarkan,
Cabaran disambut dengan kesungguhan,
Kecemerlangan,
Kecemerlangan,
Kecemerlangan,
Jadi Kenyataan.

Sesape penyokong sejati (kipas-susah-nak-mati) Merah Kuning sejak zaman 90-an dulu mesti tau lagu ni. Kalau dekad 90-an dulu time half time pasti bergemuruh satu Stadium Shah Alam bila lagu ni dipasang. Memang bestgile! Bersemangat habis sampai nak terkeluar urat-urat tengkuk. Sebab tula penyokong-penyokong Selangor no.1 di Malaysia! Hauahah. Gila bangga dan riak (main2 je). Okok, tak dapat nak lama ni. Kalau nak cerita pasal bolasepak Selangor zaman 90-an memang boleh buat satu blog entry baru plak.

Oh, man tak dapatku bayangkan kalau Selangor kalah malam ni, sia-sia aku update blog petang ni kalau Selangor kalah. Hahah. Ok. Ramalan saya, Selangor-3 Perlis-1.

Kepada Amri & suraya selamat kembali ke sekolah di Jerman dan London. :)

[maaf, penulisan di blog hari ni agak gila sedikit]