Saturday, October 22, 2005

what the kejadah? bebel blog

-Today's random writings..
Ingat tak gambar dalam buku teks Sejarah Malaysia SPM dulu? Ala, gambar tunjuk perasaan rakyat menentang Malayan Union tu, dengan memegang sepanduk yang berbunyi, "Malaya for Malays, Malayan Union Not Wanted" Ha inilah dia. khohkoh.

Dikala tengah tak ade kerja, tercipta sebuah design malas yang tak seberapa. Tak lama pun nak buat. Dari gambar asal, aku 'threshold'kan gambar tu dan tambah jagged border kat bahagian atas dan bawah design tu dalam photoshop. Kemudian 'ambik' outline guna Adobe Streamline (nak senang dan cepat). Akhir sekali save as .ai. Wahh begitu mudah sekali? (cakap gaya Nobita)
Kedai pertama yang aku singgah, dia tak boleh nak print design ni atas sebab-sebab teknikal. Agak kecewa. Lalu dia suggest kedai satu lagi. Lega skit. Tapi hampeh betul kedai print ni masih guna Illustrator 8. Aku bawa thumbdrive dia tak nak terima (?), dia suruh burn dalam cd. Takpe dugaan Ramadhan. Lepas tu pulak, dah sampai kedai, baru aku sedar, logo yang aku design penat-penat-tak-berapa-penah-lah-jugak tu aku lupa nak letak skali! Aisey mann.. kalau benda ni assignment ke fyp, memang confirm aku dah lari balik rumah edit balik.heheh. Kalau kubilang, kalau..
---------------------------------------------------------------------------------
Dua hari lepas (Khamis) buat pertama kali aku singgah kedai buku Silverfishbooks kat Jalan Telawi 3, Bangsar. Tujuan utama cuma nak beli buku 'Jiwa Kacau' (antalogi entri bloggers tempatan). Dalam tak sedar hampir dua jam aku lepak kedai ni. Selama ni aku cuma tahu MPH, Kinokuniya; dua tu je. Rupanya ada jugak kedai buku camni. Kalau dalam muzik atau filem, boleh diumpamakan macam 'indie' lah kot kedai ni.
Cuma apa yang aku kurang berkenan, terdapat banyak buku-buku tulisan bekas pejuang Parti Komunis Malaya seperti 'Memoir Rashid Maidin', 'Melayu Islam Komunis', buku tentang kemerdekaan (lupa tajuk) tulisan Suriani Abdullah (isteri Abdullah CD-orang kanan Chin Peng). Orang Komunis nak tulis pasal kemerdekaan Malaya?! Aku tak boleh terima langsung. Dan aku tak akan buang masa nak baca buku komunis yang bercerita mereka jugalah yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya dahulu.
Maaf. Terasa terlebih emosi pula. Aku sememangnya anti sosialis & komunis. Namun begitu, aku masih enjoy baca tulisan-tulisan Hishamuddin Rais (yang mengaku dirinya adalah seorang Marxist-fahaman Groucho Marxist) di majalah 'Off The Edge' ataupun di laman-laman web seperti Malaysiakini, Malaysia-Today, Kakiseni.com dll, walaupun banyak antara tulisannya yang aku tak bersetuju. Aku cuma suka gaya penulisannya.
Masih tentang topik kedai buku tadi, terlupa nak cakap yang aku ada juga membeli buku 'Sajak-Sajak Saleh', tulisan Saleh Ben Joned, seorang penulis kontroversi satu masa dahulu. Sebenarnya aku tak adalah minat sangat dengan sajak dan puisi ni kalau nak dibandingkan dengan bahan bacaan novel sejarah, tapi 'Sajak-Sajak Saleh' ternyata berbeza.
Tambahan pula, memang Saleh Ben Joned salah seorang penulis yang aku respect. Aku pertama kali dengar nama 'Sajak-Sajak Saleh' ni masa membaca buku komik 'Mat Som' karya kartunis terkenal tanahair, Lat. Ok, cakap banyak pun tak guna, saja la nak share kat blog ni salah satu sajak beliau yang aku tertarik;

Sinar Mata Kekasihku Tidak Seperti Bintang Timur

Sinar mata kekasihku tidak seperti bintang timur;
delima merekah jauh lebih merah dari merah bibirnya;
rasa pipinya tidak sehalus pauh dilayang;
bentuk mukanya tidak seindah bujur sirih;
urai rambutnya tidak secantik ikal mayang;
tidak seperti gading giginya, walaupun putih;

harum minyak wangi lebih mempesona
dari harum tubuh si adik yang kucinta.
Suka kudengar suaranya, walaupun kutahu
bunyi buluh perindu jauh lebih merdu.
Aku tak pernah melihat bidadari menari;
kaki kekasihku sentiasa bertapak di bumi.

Walaupun begitu, demi Tuhan, kekasihku luar biasa;
tak kurang dari mereka yang dipalsui kata-kata.

Berdasarkan 'Soneta 130' oleh Shakespeare.
- © Saleh Ben Joned.

Soneta 130
My mistress' eyes are nothing like the sun;
Coral is far more red than her lips' red:
If snow be white, why then her breasts are dun;
If hairs be wires, black wires grow on her head.

I have seen roses damask'd, red and white,
But no such roses see I in her cheeks;
And in some perfumes is there more delight
Than in the breath that from my mistress reeks.

I love to hear her speak, yet well I know
That music hath a far more pleasing sound.
I grant I never saw a goddess go:
My mistress, when she walks, treads on the ground.

And yet, by heaven, I think my love as rare
As any she belied with false compare.

- William Shakespeare.

Aku tak pandai nak menilai sesuatu karya sastera, tapi mana yang aku suka tu, memang aku suka la (?).
---------------------------------------------------------------------------------
--Terasa Ramadhan tahun ni berlalu sangat cepat. Dah nak masuk 10 malam terakhir dah ni. Maka marilah kita buat self-reflection untuk beberapa minit tentang apa yang kita dah buat selama Ramadhan ni. Apa yang kita dah buat selama Ramadhan tahun ni? Hari ni lebih baik ke dari semalam? Amalan Ramadhan tahun ni lagi elok ke daripada amalan kita tahun lepas? Macam mana kalau Ramadhan ni yang terakhir untuk kita..dah bersedia? isk.. --ok. aku sebenarnya tengah cakap sorang-sorang, cuba mengingatkan diri sendiri yang kadangkala lupa dan alpa. Tak berniat nak bagi ceramah agama kat sape2.
---------------------------------------------------------------------------------
Al-fatihah buat Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood yang telah kembali ke rahmatullah. Moga rohnya disertakan bersama orang-orang mukmin. Amin. Salam takziah kepada keluarga allahyarham.
[p/s:Ada sesiapa tau macam mana nak buang url blog kita daripada search result google tak?]

No comments: