Subject: Penghargaan Terima Kasih - YAB Perdana Menteri
To: shahnon_2020ATyahooDOTcom
From: ppm@pmo.gov.my
Date: Tue, 25 Oct 2005
Shahnon,
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan takziah serta sokongan yang diberikan kepada saya sekeluarga tatkala kami menghadapi dugaan yang getir ini. Terima kasih juga diucapkan di atas doa yang diberikan kepada isteri saya, Endon Mahmood Allahyarhamah.
Juga terima kasih di atas doa yang diberikan semasa beliau menerima rawatan bagi penyakit kanser. Semua ini amat besar ertinya buat kami sekeluarga. Ingatan dan doa anda amat kami hargai. Moga Allah swt akan terus merahmati kita semua.
Abdullah Ahmad Badawi & Keluarga
--Sekali baca terasa macam Pak Lah yang hantar email ni :p E-mail ini diterima oleh setiap individu yang telah menyampaikan ucapan takziah di laman web Pejabat Perdana Menteri (PPM) tempoh hari.
No comments:
Post a Comment