Tuesday, October 11, 2005

Novel sejarah & Death Cab For Cutie!

Yeay dah sampai.. (..kat bawah ni email semalam)

From: "Webmaster-Ujanailmu"
Subject: Re: resit BCB-bukti pembelian '
Surat-Surat Perempuan Johor'
To: "shahnon"

Assalamualaikum en. Shahnon,

Buku yang tuan tempah dari ujanailmu.com.my telah diposkan kepada tuan pada 7 Oktober 2005 menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Ia dijangka akan mengambil masa 2-3 hari bekerja bagi Pos Malaysia untuk sampai ke destinasi tuan.

Kami harap tuan dapat memaklumkan kepada kami melalui e-mel ini setelah tuan menerima bungkusan tersebut. Ini adalah untuk mengemaskinikan rekod kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ujanailmu.com.my. Sila datang lagi.

Salam ikhlas,

(Pagi tadi sampai..)
..tiba lebih awal daripada jangka masa yang dijanjikan. Terima kasih daun keladi, ada buku best bolehku beli lagi.
Sebenarnya dah dua bulan lebih aku order buku ni secara online. Tapi asyik tangguh-tangguh punya pasal, kemudian takde duit, maka tangguh lagi sampailah minggu lepas baru buat payment (cash in deposit). Disebabkan order online, maka rekod pesanan tu masih ada lagi dalam database selagi aku tak cancel.
Masuk ni dah kali kelima (kalau tak salah), aku order buku secara online dalam masa lebih kurang 15 bulan. Selalunya aku hanya akan beli online kalau aku tak jumpa buku yang aku cari di MPH, Kinokuniya atau mana-mana kedai buku lain. Contohnya, buku tulisan Faisal Tehrani yang baru sampai ni; 'Surat-surat Perempuan Johor' (Novel ni merupakan pemenang tempat ketiga Sayembara Menulis Novel Sejarah dan Tradisi Johor) terbitan Yayasan Warisan Johor' dan sebelum ni buku 'From Beirut to Jerusalem' tulisan Dr. Ang Swee Chai.
Salah satu novel Faisal Tehrani yang aku beli online sebelum ni ialah, 'Perempuan Politikus Melayu', juga oleh penulis yang sama. Novel ni dianggap underground skit. Seperti tulisan Dr. Zakaria Ali, NST (di kulit belakang buku);
"Rejected by mainstream publishers, Perempuan Politikus Melayu equates politicians to prostitutes, and brands them as people with sense of fair play, justice or compassion."
Ok, berbalik kepada novel 'Surat-Surat Perempuan Johor' tadi, aku tak fikir lama untuk buat keputusan nak beli novel ni dulu. Membacakan sinopsisnya saja dah membuatkan aku tertarik. Sememangnya novel sejarah macam ni salah satu favorite genre aku. Secara ringkasnya novel ini berlatar belakangkan zaman pemodenan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, hubungan erat Johor-Turki dan episod sejarah berlatar Majalah Ahkam Johor (dipetik dari kulit belakang buku).
Sekarang sedang dalam proses menghabiskan novel yang dah lama aku beli; 'Bumi Harapan' oleh Ali Jusoh. Novel sejarah jugak. Berlatar belakangkan zaman Raja Mandalika (nama raja yang tercatat di Batu Bersurat Terengganu) di Terengganu.
Ada beberapa lagi novel yang aku target hendak habiskan sebelum hujung tahun ni. Harap-harap berjaya hendaknya. hehe. Lepas ni tunggu novel terbaru Faisal Tehrani, 'Nama Beta, Sultan Alauddin' pulak.
---------------------------------------------------------------------------------
Tukar topik; album baru Death Cab For Cutie sangat merockkan stokin saya lah! (Death Cab rocks my socks!). Dah dua hari aku layan lagu 'Marching Bands Of Manhattan'. Paling layannn, semestinya part ni;
..Sorrow drips into your heart through a pinhole
Just like a faucet that leaks
and there is comfort in the sound
But while you debate half empty or half full
It slowly rises, your love is gonna drown;

Boleh abaikan lirik tula. lagu dia yang bestt.

Oklah kawan-kawan, kurang dua jam lagi nak makan sahur dah. Sebelum aku melalut lebih lanjut maka lebih baik aku stop dulu ye. Selamat berpuasa semua :)

No comments: