Cerita ni aku baru teringat nak share kat sini. Ada sesiapa biasa lalu tak area dari KL Sentral nak ke stesen Monorel tu. kat open space car park tu kalau waktu pagi rush hour mesti ada sorang pengemis bertongkat di kedua-dua belah ketiaknya yang kakinya terbalik sebelah, satu mengadap depan, satu ke belakang (kanan mengadap utara, kiri mengadap selatan. tak dapat nak dipastikan sejauh mana kecacatan dia).
Masa awal nampak dia dulu adalah macam kesian jugak. Tapi bila dah lama-lama dah jadi macam eyesore pulak. Pernah sekali masa aku balik kerja dulu aku telah mengantoikan dia. Agaknya mase tu shift 'kerja' dia dah habis kot & dia macam nak cepat balik gamaknya, rileks je dia jalan laju, berlari-lari anak! Terlopong kejap aku pandang dia 2,3 saat. Dia tak guna langsung tongkat tu, setakat pegang camtu je. Aku perasan ada beberapa orang lain yang lalu lalang terkejut jugak tengok dia berlari-lari anak.
Ha, tu baru mukaddimah je. Pernah sekali tu aku terserempak dengan dia jugak kat depan stesen Monorel Bukit Bintang. Mula-mula tu macam terkejutla jugak. wah merata jugak dia ni jalan-jalan cari makan. Tapi aku macam tak berapa kisah sangatlah. KL Sentral dengan Bukit Bintang tu dia boleh naik monorel je. hehe. Ha, ini yang paling mengejutkan aku..
Minggu lepas waktu aku baru balik dari Singapura, masa baru keluar dari kawasan Kastam Johor Bahru tu, dia ada kat tepi jalan tu!! Ye! Dia la. Memang dia! Dulu aku pegi kerja naik komuter & monorel memang setiap pagi la akan nampak muka dia. Tak pernah miss. Memang tak ragu-ragu langsunglah..tak berkelip mata aku pandang dia! (isk macam pandang awek plak) Serius do. Memang terkejut gile! Agaknya dia pun naik AirAsia tiket murah dari KL-JB tu kot. Hebat hebat. Lepas ni boleh bagi award, 'National level beggar' kat dia. hoho.
Ok, sekian. itu je la cerita yang agak ntah apa untuk hari ni. ehehe.
No comments:
Post a Comment