Penceritaan semula (dalam nada semi-puitis) hal-hal yang berkaitan dengan jiwa kacauTamat.Didi dan Gogo (Extended version)'Seperti pesakit jiwa dalam drama therapy yang tak mahu keluar dari wataknya.''Siapa yang kau maksudkan? Akukah?''Seperti jiwa yang telah melangkah keluar dari Jasad-nya dan tak mahu bersatu kembali.''Ya, betul, akulah yang kau maksudkan itu.''Mengapa begini? mengapa kau berusaha untuk meruntuhkan kewujudan diri sendiri dan mencantumkannya kembali dalam aturan yang berlainan?'''Kerana aku tak ingat bagaimana untuk percaya kepada diri sendiri.'''Mengapa? Mengapa tak percaya?''Kerana aku terlalu kerap menukar fikiran yang terlalu kerap menukar diriku.''Jadi diri dan fikiran kau itu adalah dua entiti yang berasingan?''"Bukan berasingan. Tapi terpecah."''Terpecah bagaimana?''"Terpecah seperti Jiwa yang telah melangkah keluar dari Jasad-nya dan..."''Ya, aku tahu, aku tahu.''"Kau perlu tahu satu perkara lagi mengenai fikiranku."''Apa dia? Apa dia?''Yang ianya bukan berasal dari, oh, diriku sendiri.'
Satelit-satelit di langit mendapat isyarat dari 6.5 bilion bintang dari 6.5 bilion galaksi yang berlainan, sebutir bintang untuk seorang manusia. Isyarat tersebut dipancarkan pada Kesedaran manusia di muka bumi ini dan isyarat tersebut kita gelarkannya: Fikiran. Dan fikiran yang aku terima ini datangnya dari sebutir bintang yang sudah tua, sudah nyanyuk. Tua dan nyanyuk dan terlupa namanya sendiri.Tiga Kisah Melankoli daripada Tiga Objek Angkasaraya
i. Dunia ini begitu muring, begitu sedihAda satu satelit di ruang angkasa yang sudah bosan dengan nasib planet yang dikelilingi kerana tak putus-putus ia menyaksikan penghuni planet itu menukar warna dunianya dari biru kepada merah, dari hijau kepada merah, dan satelit itu mengambil keputusan untuk mengkhianati orbitnya dania mahu hanyut ke ruang angkasaraya yang hitam gelap, dan satelit itu berulang-ulang berbisik kepada dirinya, 'mujur memori dicipta bukan untuk kekal selama-lamanya.'
ii. Dunia ini begitu keliru, begitu kelabu.Ada sebutir asteroid yang menghempas dirinya di dada lautan Pasifik dan membawa kemusnahan yang melenyapkan separuh penghuni bumi, dan Batu Kecelakaan adalah nama sumpahan yang digelarkan kepadanya, tetapi sebelum ia terhempas dan meledakkan bencana;asteroid itu sempat menjerit. 'hey manusia! Ruang angkasa ini terlalu luas! Kebarangkalian untuk kita bertembung hampir mustahil! Tetapi mengapa kita ditemukan?! Mengapa aku tiba membawa kelaknatan?! Jawapannya ada pada dirimu sendiri!'
iii. Dunia ini begitu indah, begitu indah.Ada sebutir bintang yang disayangi bernama matahari, yang setia bertugas dari detik lahirnya hingga saat matinya, tanpa raguragu ia hanya perlu menjadi dirinya sendiri, melimpahkan cahaya dan haba, dan sembilan planet di bawah jelajah cahayanya girang dengan kehidupan, hidup kegirangan, menerusi cahayanya bintang itu berlagu, 'tutuplah dukamu wahai manusia, izinkan aku menari dalam hatimu, usahlah gusar, usahlah gusar.'oleh Affendi Salleh
Tuesday, March 07, 2006
..dalam nada semi-puitis II
..sambungan (oleh Affendi Salleh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment