Friday, March 17, 2006

'Princess' & keluarga diRaja Al-Saud

Dah lama aku nak tulis sesuatu pasal buku 'Princess: An Appaling Indictment of the Treatment of Women in Saudi Arabia', tulisan Jean P. Sasson yang aku habis baca dua bulan lepas. Memandangkan aku tak berniat nak tulis satu book review lengkap, aku nak petik sedikit je tentang salah satu kemusykilan aku daripada dulu berkenaan kekayaan negara-negara Timur Tengah dan kekuatan teknologi senjata moden mereka.
Dulu aku hairan negara-negara Arab di Timur Tengah (secara khususnya negara-negara Arab monarki), kaya dengan sumber minyak, tetapi kenapa mereka tak laburkan sebahagian daripada kekayaan mereka itu dalam bidang ketenteraan dan persenjataan, kerana umum tahu bahawa hanya Israel yang mempunyai kekuatan teknologi ketenteraan yang paling sofistikated dan moden di rantau Timut Tengah.. Aku mendapat jawapan tersebut di dalam bab terakhir buku tersebut.

"The war (Perang Teluk 1991) was so dreaded came and went. Our men fought and died, but i heard from Kareem that many of our soldiers had not fought bravely. In fact he Allies (gabungan tentera bersekutu Amerika-Arab Saudi-Kuwait & beberapa negara Arab lain vs Iraq-Jordan) had found it necessary to invent tactics to ensure that we Arabs were not offended when the truth about our warriors was revealed. My husband blushed when he told of Saudis running away from, instead of towards, the enemy..

Asad gave his opinion that we should not feel shame but relief at this assessment. A strong military would be a risk to our very heads; the throne could not survive a precise military machine. In the Arab world, a capable military overthrows monarchies.." - Seperti mana yang telah terjadi kepada kerajaan monarki Mesir, Libya, Iraq dll yang telah digulingkan pada pertengahan kurun ke 20.

Certainly, our ruling family is sly and purposely keeps the Saudi soldiers slovenly and far from his peak."
..Pelik dan terkejut masa mula-mula baca. Kalau betullah itu hakikat sebenarnya. Keluarga Al-Saud yang memerintah hidup dan memerintah takut dengan bayang-bayang sendiri. Tak hairanlah jugak, semua kerajaan monarki Arab ini adalah pro-Barat. Aku lega kerana dalam sistem demokrasi dan pentadbiran kerajaan Malaysia yang hampir merupakan fotostat daripada kerajaan kolonial British, iaitu tentera dan polis kita tidak memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara dan politik dan terletak di bawah kuasa kementerian-kementerian yang berkenaan dan dengan demikian hal rampasan kuasa tidak mungkin akan berlaku.
Tidak seperti Filipina, Thailand dan kebanyakan negara-negara kepimpinan diktator di Afrika di mana tentera mereka boleh campur tangan dalam hal ehwal politik dan urusan negara jika keadaan mengizinkan. Dan boleh melancarkan coup de' tat jika situasi dalam negara tidak terkawal.

No comments: